Sunday, March 31, 2013

Hubungan Dengan Bekas Bapa Tiri

Nikah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 87 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Adakah hubungan saya dan adik-beradik perempuan masih di kira mahram dengan bekas bapa tiri saya yang bercerai dengan ibu saya selepas berkahwin selama 5 tahun?

Bagaimana pula hubungannya dengan isteri saya dan menantu yang lain? Adakah saya dan adik-beradik saya berdosa kerana langsung tidak mempedulikan keadaan bekas bapa tiri saya itu?

Jawapan

Hubungan dengan bapa tiri itu berkekalan sampai bila-bila, sekalipun dia bercerai dengan ibu saudara iaitu bekas bapa tiri, dia tetap bertaraf mahram. Tidak harus bernikah dengannya dan tidak batal wuduk bersentuh dengannya. Manakala isteri saudara tidak termasuk mahram.

Saudara dan adik-beradik saudara wajib menghormatinya sekalipun tidak lagi menjadi suami ibu dan wajib memuliakannya. Apabila dia jatuh miskin, hukumnya adalah sunat membantu dengan bantuan-bantuan yang diperlukan. 

4 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

oh begitu..

Kesuma Angsana said...

baru ler faham !

Ann Ishak said...

nuyui - haah begitulah komen dari ustaz

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - sama la kita KA