Sunday, March 10, 2013

Isteri Solehah

Nikah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 77-79 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Ustaz, saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat membahagiakan suami dan hidup diredai Allah. Saya ingin meminta pendapat, bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati?

Jawapan

1. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

2. Isteri yang sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semula jadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

4. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

5. Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepatutnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.

7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

8. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan, Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

9. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat ataupun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.

11. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.

12. Isteri yang sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.

13. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri.

14. Isteri yang sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya

15. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang.

8 comments:

Miss Volvo said...

semoga menjadi isteri solehah hehe :)

arin cat said...

wish u to be a good wife >.<

Kesuma Angsana said...

akan cuba sehabis baik , tq share ye

QasehnyaRania said...

in shaa ALLAh.sama2 kita berusaha jg yag terbaik

Ann Ishak said...

Miss Volvo - :)

Ann Ishak said...

arin cat - tq :)

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - sama2

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - sama2 la buat yang terbaik ye