Saturday, March 23, 2013

Kelahiran Anak dan Belah Mulut (Tahnik)

Nikah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 82-83 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.
 
Soalan

Apakah hikmah bertahnik untuk bayi yang baru lahir oleh orang soleh? Adakah ibu bapa perlu belah mulut bayu terlebih dahulu ataupun boleh membawa bayi itu terus ke rumah orang yang soleh?

Jawapan

Hukum bertahtik atau belah mulut ini adalah sunnah Nabi Muhammad yang sunat dilakukan ketika anak itu lahir. Ia boleh dilakukan oleh bapa anak itu ataupun dibawa ke rumah orang soleh bagi ditahnikkan. Anak-anak yang lahir pada zaman Rasulullah dibawa kepada beliau bagi ditahnikkan.

Antara hikmah tahnik adalah menguatkan lidah, mulut dan bersedia bagi menyusu.

Tahnik adalah mengambil berkat daripada orang yang soleh dan berdoa supaya bayi itu menjadi orang soleh apabila dewasa kelak.

Ia sunat dilakukan dengan buah kurma kerana mengikut amalan Rasulullah. Sekiranya tidak ada buah kurma, boleh digantikan dengan makanan yang lembut dan manis.

(Rujukan Kitab Tarbiyatul Awlaad, juzuk 1, m.s. 59-61)

2 comments:

Azian Elias said...

thanks for sharing..

Ann Ishak said...

Azian Elias - sama2 kak :)