Tuesday, March 12, 2013

Kompleks Sejarah Pasir Salak

Okay, kan masa attended wedding sepupu Faizal di Batu Gajah tu...perjalanan tak habis di situ. katanya pegi berconvoy bagai, haruslah ada rancangan sampingan selepasnya. kebetulan pulak saya dan Faizal tak jadi nak jumpa kawan di Ipoh...dapatlah join.
 
Selepas beredar dari rumah pengantin, kami semua pegi pulak bertandang ke rumah salah seorang rakan sekerja Faizal...orang dekat2 situ jugak. boleh tumpang nak solat bagai, ada yang ambik kesempatan untuk tumpang mandi, tumpang tido selelap pun ada. tengoklah tuan rumah beria menjamu kami yang datang 5 kereta semuanya. macam2 juadah ada, air pun dari sejuk sampai keluar air panas dah.

Plannya selepas tu nak ke Kelly Castle tapi takut tak sempat, sia2 je nanti sampai tapi tempat tu tutup. sudahnya kami tukar rancangan nak pegi ke Kompleks Sejarah Pasir Salak je. saya memang tak pernah masuk lagi tempat ni, Faizal apa tah lagi...nama je kampung dia ahakssss. perasaan adalah teruja, nak tau jugak ada apa dekat dalam kompleks ni kan selain dari tempat terbunuhnya JWW Birch.
 
Ye adik2 semua, di sinilah tempat JWW Birch mati di bunuh. di sini jugalah sejarah perjuangan pahit getir Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela menentang penjajah demi membela tanah air, bangsa dan agama Islam. dan di kawasan ini jugaklah kubur2 pahlawan kita yang terkorban termasukkan kubur JWW Birch sendiri turut disemadikan di sini. 
 
Di belakang tu adalah Terowong Sejarah tapi sayang tak dapat masuk...dah tutup weh. masa kami sampai tempat ni sebenarnya dah habis waktu melawat. mujur ada mak kawan Faizal, dia cakap dekat pakcik guard tu yang kami2 ni orang jauh datang dari KL nak masuk tengok2 tempat ni. terus je pakcik tu bagi masuk tapi tak bolehlah masuk dalam bangunan, hanya berjalan2 di luar kawasan je...okaylah dari tak dapat masuk langsung kan. masuk pun free je, sepatutnya kena bayar tapi saya tak tau pulak berapa harga ticket.
 
saya dah kucing tak dapat dipisahkan, mana pegi mesti ada kucing datang dekat...
 
Waktu ni saya dah agak gigil badan, sugar low ko...kepala dah nak hampir2 pitam rasanya. cepat2 gapai gula2 dan minum air mineral banyak. mujur tak masuk roh JWW Birch ek ahakss sebab di belakang tempat saya duduk tu adalah kawasan tapak di mana JWW Birch mati di bunuh.
 
Rasanya saya tak akan masuk lagi tempat ni, makanya kita tepek gambar bebanyak bagi ada kenangan di sini ek...bukti, saya dah sampai sini.

10 comments:

ejulz said...

waaa.. meriah.. hehe.. romboongan cik kiah.. hehe

Miss Volvo said...

oh sama la meow bila nampak saya terus datang dekat. sy ni ada bau meow kot haha.

nea lopah said...

tk pernah lagi smpai kesini.

QasehnyaRania said...

tak penah sampai lagi.akak sugar low..seriau pulak dengar

Mimy Hamid said...

lawatan sambil belajar ke hihi

Ann Ishak said...

ejulz - haah tau takpe :)

Ann Ishak said...

Miss Volvo - agaknya la kot, ada bau2 meow :)

Ann Ishak said...

nea lopah - bagus datang sini bawa anak2 yang dah mula belajar sejarah

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - haah memang ada sugar low

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - haah, masa sekolah dulu tak sempat datang sini hiksss