Thursday, March 7, 2013

Lagenda Budak Setan (Saga 1) by Ahadiat Akashah

Kasyah & Ayu - Azmi & Ayu - Kasyah, Ayu & Katerina

membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria
segala suka duka terhimpun di sini.
adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya?
hanya Tuhan yang menentukan segalanya...

Yang ini adalah edisi yang baru, saya pernah memiliki buku ni jugak masa sekolah menengah dulu tapi tak tau dekat celah mana terselitnya, hilang tak dijumpai lagi. akhirnya saya beli semula 1 set buku ni (ada 3 buku) masa ada pameran buku dari MPH dekat office. dapatlah special discount untuk staff, apa lagi rembat belilah...30% babe sapa nak bagi, pegi MPH sendiri pun belum tentu dapat. terus sinopsis jelah ek, tentu korang pun dah baca buku ni + tengoh movie dengan drama lagi kan...
 
Keluaran : Roket Kertas
Harga : RM24.90

Lebih satu dekat Kasyah mencipta cinta. 

Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang...dia menjadi pencinta agung. 

Dia tabah mengharungi apa saja...demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat. 

Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahannya?

Namun, berjayakan dia menyunting Ayu sebagai permaisurinya?

Akan bahagiakah dia?

Mampukah dibuktikannya pada dunia...cinta adalah segala-galanya!

Cuma Ayu yang punyai jawapan itu

Dan, Allah sebagai penentu!

Dan, siapakah pula Katerina?

6 comments:

Anonymous said...

slm singgah bila sedikit kebah. tq doanyer yer

azieazah said...

6 tahun jadi promoter syarikat buku Ahadiat ni di Pesta Buku, tapi Kak Azie langsung tak minat nak beli buku-buku dia. Cuma ada 1 saja novel dia...

munna said...

munna cuma ada yg novel budak setan yg pertama je...

Unknown said...

Kesuma Angsana - alhamdulillah

Unknown said...

azieazah - oh ye ke, saya suka pulak dengan buku2 dia ni

Unknown said...

munna - kena cari lagi 2 buku tu munna :)