Thursday, March 14, 2013

Menara Condong Teluk Intan

Selepas saya dan colleague Faizal's melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak, kami semua terus pulak ke Menara Condong Teluk Ensen or nama sekarang is Teluk Intan. dah dua kali saya datang ke sini, mula2 dulu masa pertama kali datang ke kampung Faizal. yang pertama kali tu saya sempat naik ke atas menara tu tapi kali ni tak naik pun, pintu dah tutup ko...waktu melawat dah tamat. akhirnya jalan2 je di sekeliling kawasan menara ni coz malam minggu, macam ada pasar malam pulak di situ.
 
Menara ni terletak di tengah2 pekan Teluk Intan, antara Jalan Pasar, Jalan Bandar, Jalan Selat dan Jalan Ah Cheong. tu yang ada payung2 dekat belakang, adalah kawasan pasar malam, takde apa pun yang menarik dekat pasar malam tu...kami hanya beli fridge magnet je tapi takde pulak yang bercirikan Menara Condong ni, apa da. orang semakin ramai, malam minggu katanya...seronoklah tengok2 orang ramai ni dengan macam2 ragam + macam2 fesyen.
fesyen lepas balik kenduri kawin, ahaksss berlatarbelakangkan bangunan pagoda nan separuh
 
Waktu ni dah nak magrib, just nice tak panas pun. cuma masa nak solat, mencari jugak surau yang dekat...mangaiiiiiiiiii jauh jugak rupanya bila berjalan kaki. sebelum balik KL, kami semua dinner dulu di gerai berhadapan dengan Menara Condong ni, Medan Selera Menara Condong. berakhirnya 1 day trip to Daerah Teluk Intan...lepas ni kita plan nak jelajah mana pulak ye.

4 comments:

Mimy Hamid said...

lamanya tak jejak teluk intan..dulu zaman belia muda skandal ai kat sini huhu

QasehnyaRania said...

tak pernah sampai menara condong ni..

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - sekarang tak lagi kan hiksss

Ann Ishak said...

QasehnyaRania - menarik jugak kalau datang sini bawak anak2 :)