Thursday, March 21, 2013

My Sagu Gula Melaka

Hari ni dapat meloloskan diri balik awal, boss meeting dekat KLCC and terus balik...tak masuk office semula. lagi pun my laki ada di rumah, semangatlah nak balik awal...bolehlah nak dinner sesama di rumah. asyik makan/bungkus luar pun bosan jugak. 
 
Dah lama rumah ahkak takde beras ko, tak terbeli lagi...kesian je bunyinya ye. betul dek, ahkak dah lama tak masak nasi di rumah, macam nak ketuk pintu rumah sebelah mintak sepot beras ahaksss. taklah begitu, cuma sekarang ni Faizal tak bagi saya masak nasi di rumah...nak diet nasi katanya. okaylah senang keja kan, tak payah nak masak beria berlauk pauk bagai. yang penting ni ha, ku sediakan sayur2 hijau merah kuning buat salad bagi dia makan sudah...ini je pun yang dia nak. 5 mins dah siap!!!
Takkan sayur je kan, kenalah ada sumber protein jugak sebagai egen pemberi tenaga. sekarang ni saya beli ayam, sebelum simpan dalam ice gobok tu saya marinate dulu bagi mesra alam. senang setiap kali nak grill, unfrost kan dan terus grill je. ikan daging pun saya buat yang sama jugak kecuali udang sotong. senang cepat ringkas, 30 mins dah siap masak.

Inilah hidangan makan malam kami tadi. tanya my laki, "cukup ke tu?!!" dia kata "cukup, sedapppppppp alhamdulillah." senang hati daku. tapi hidangan tu tak habis setakat ni je, lepas tu ada pulak desert. ala2 orang putihsss katanya, after main course follow by desert pulak. sebab segala hidangan adalah express, makanya saya sempat buat Sagu Gula Melaka yang super duper pantas. oh saya memang suka hidangan yang very the express penyediaan ni.

Taunya nak resepi kan, nah ambik resepi Sagu Gula Melaka ni. yang atas tu akak main lebur je dek, tak payahlah ye.



Bahan2nya;
300 gram biji sagu
2 liter air
2 helai daun pandan
3/4 camca teh pewarna hijau makanan
1 ketul gula melaka, hiris kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*
1 cawan pati santan 

Cara2nya;
 
Didihkan 2 liter air tadi bersama daun pandan dan pewarna hijau makanan, kemudian masukkan biji sagu dan masak hingga kelihatan jernih. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu. Tutup api dan biar 4-5 minit dalam peiuk. 

Sapukan sedikit minyak jagung pada acuan/loyang yang nak digunakan. Kemudian masukkan ke dalam acuan atau loyang, padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 2 jam. 
 
Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas sesuai, tuang gula melaka tadi dan juga santan pekat yang telah dimasak seketika bersama sedikit garam dan tepung jagung. Hidangkan sejuk.

4 comments:

Cho Zila said...

alahai akak sukaler menu lebur2tu sbab konon nak dietkan... nampak warna2nyer...
sagu gula melaka kegemaran akak selamanya...

dear anies said...

ann, hntr semangkuk ke sini?

Ann Ishak said...

Cho Zila - sama la selera kita kak :)

Ann Ishak said...

Anies - meh pindah jadi jiran ku hiksss :)