Saturday, March 30, 2013

Pewaris Gugurkan Janin

Nikah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 86 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya mempunyai anak berumur 4 tahun dan 6 bulan. Baru-baru ini, saya disahkan mengandung sebulan. Memandangkan anak ke dua masih kecik, dan anak dalam kandungan masih kecik dan tidak bersifat manusia, saya membuat keputusan bagi melakukan DNC (Dilation and Curettage). Apakah tindakan saya itu salah di sisi Islam? Bolehkan ustaz terangkan?

Jawapan

Hukum menggugurkan kandungan bergantung kepada usia kandungan itu.

Sekiranya usia kandungan genap 4 bulan, maka haram menggugurkannya melainkan atas nasihat pakar perubatan contohnya jika meneruskan kandungan itu, ia boleh memberi risiko kepada nyawa ibu.

Namun, sekiranya usia kandungan belum berusia 4 bulan maka ada khilaf (perbezaan pandangan) dalam kalangan ulama pada hukum mengugurkannya. Satu pendapat mengatakan harus dengan syarat tujuan penguguran bukan disebabkan bimbang tidak cukup rezeki anak itu. Sekiranya sebab bimbangkan rezeki anak itu, maka hukumnya adalah haram tanpa sebarang khilaf.

4 comments:

azieazah said...

Rezeki setiap anak sudah ditentukan oleh Nya

Kesuma Angsana said...

tq share this yer

Ann Ishak said...

azieazah - betul tu kak, dah pasti

Ann Ishak said...

KA - sama2