Monday, March 18, 2013

Sabtu with Restoran Pak Ya Chinese Muslim Foods Corner

Hujung minggu yang lepas adalah hujung minggu yang rehatnya panjang. saya takde apa2 program selama dua hari cuti tu kecuali berjimba sama BFF je masa hari Ahad tu. seronoklah buat activiti sendiri tanpa perlu berkejar2 masa. paginya pegi main badminton di taman tasik bersama bawak jalan2 kucing peliharaan. sekarang dah ada member lepak untuk kucing2 tu...kawan yang kebetulan saya dan Faizal bertemu di taman tasik juga. mereka ni selalu bawa kucing mereka jalan2 hujung minggu di sana, ha dari merekalah kami dapat idea untuk nak bawak kucing2 kami jenjalan jugak. dah jadi satu kemestian sekarang ni, setiap hujung minggu mesti kena bawak mereka berjalan ke taman, kalau tak pusing2 naik kereta pun jadilah. tak buat kalu, memang resah murung je berdua tu nanti. nantilah saya kongsi gambar2 mereka berpicnik di taman ye, itu pun kalau rajin nak bawak phone or camera...biasanya memang tak rajin pun ahaksss.
 
Lepas habis beriadah, masa untuk balik. sebelum tu singgah McD drive true, take away breakfast set. tak dine lah, bawak kucing2 sekali kan...tak pasal2 kena halau pulak nanti, makan minum je dekat rumah diam2. 

Selepas tu mulalah kemas rumah depan belakang luar dalam sementara menunggu orang dari Coway datang untuk buat service my water Reverse Osmosis System. Faizal bantai membungkang semula, takpelah dah waktu rehat dia jugak kan. 

Sebelah petangnya pulak, cuaca ala2 macam nak hujan lebat tapi nan ado heh. adalah hujan sikit tapi lepas tu ambik ko, kemain panas jadinya cuaca...haba panas dari dalam bumi bertukar menjadi wap. dapur pun tutup dua hari cuti tu, tak rajin pulak nak memasak rasanya. makanya agenda makan luar lagi. dimulakan dengan minum petang di Starbuck. secawan hot Cappuccino RM10.50 bersama sepotong Mable Cake RM10.90 jadilah buat alas perut sementara nak menunggu dinner time.
  
Dinner kali ni kami nak makan makanan cina lagi, in love betul dengan masakan mereka nilah, kali ni nak terjah Restoran Pak Ya Chinese Muslim Foods Corner di Galaxy Ampang Taman Dagang pulak...alahaiii sepelaung je dengan rumah. kami sampai agak lewat so restoran dah lengang sikit...kalau datang betul2 waktu makan, perhhh penuh tau. yang ambik order untuk kami adalah owner restoran sendiri iaitu Pak Ya, apa lagi tanyalah cukup2 apa yang best kan. tapi sayang, kami tak dapat makan ketam nipah...dah habis ko, ramai yang order gamaknya malam tu...so order je apa yang ada heh. pelayan2 yang lain adalah di kalangan minah Indo yang saya nampak dan ada jugak yang berbangsa cina. kalau minah Indo tu maybe senanglah nak communicate tapi kalau dapat yang berbangsa cina tu, adoiiii payah ko. kita tanya lain, dijawabnya lain pulak. our drinks, Kedondong Asam Boi.
 
Butter Prawn ni sedapnya sampai kulit2 habuk serdak daun kari tu habis kami makan...licin pinggan lepas tu. ini bukanlah kunjungan pertama kami, dah masuk kunjungan yang ke dua kot sebenarnya...kalau dah lebih sekali datang bermakna memang menepati cita rasa kamilah makanan dekat sini. tahap kebersihan adalah bagus, lantai bersih meja bersih sudu garfu pun bersih jugak.

Semua makanan yang kami order adalah bersize small saja, itupun portion masih banyak lagi aku rasa. biasalah makanan chinese muslim ni agak mahal sikit harganya dan kalau nak makan ketam nipah yang sedap dekat restoran ni, harus sediakan wang yang cukup ye...harga ketam tu sendiri pun dah mahal walaupun seekor.
 
Gila kentang kalau tak habis makan yang ni, Ayam Masak Sweet Sour...forever fav ni.

4 comments:

Cho Zila said...

akak suka makanan cina ni ... tuler dapat yang cina muslim ni buatkan baruler snang sikit.. tapi jauh gak kalau akak nak kesana.. ngan tak pandai jalan kat sebelah sana lagi...

Kak Mahh said...

akak suka makanan cina ni.

Ann Ishak said...

Cho Zila - dah banyak cawangannya kak cuma tak pasti dekat area kawasan jajahan akak ada ke tak resto ni

Ann Ishak said...

Kak Mahh - sama la kita kak :)