Saturday, April 27, 2013

Amanah Tidak Mencukur Rambut Anak

Nikah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 95 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Bapa saya berpesan dengan pesanan datuk dan juga moyang supaya tidak mencukurkan rambut anak-anak keturunan kami ketika masih bayi lagi.

Saya difahamkan larangan itu berkait dengan peristiwa yang dialami oleh moyang saya. Peristiwa itu adalah, dua orang anaknya yang pertama meninggal dunia selepas dicukurkan rambutnya ketika bayi. Apabila anak yang seterusnya tidak dicukurkan rambutnya, tiada pula kematian berlaku. 

Apakah hukum bersyukur rambut bayi dalam Islam? Apakah kebaikannya?

Jawapan

Sunat hukumnya mencukur rambut bayi yang baru lahir pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana dalam banyak hadis yang sahih berkenaan perkara ini. Nabi Muhammad menyuruh kita mencukur rambut bayi yang baru lahir. Kemudian, timbang rambut itu dan bersedekah dengan nilai emas ataupun perak berdasarkan berat timbangan rambut itu kepada fakir miskin.

Pernyataan mencukur rambut bayi boleh mengundang kematian adalah bersalahan dengan perintah Nabi. Suruhan dan perintah Nabi perlu didahului daripada perkataan manusia, sekali pun manusia itu adalah nenek moyang kita sendiri. 

3 comments:

Ujie said...


Gd sharing, kdg masih ada yg percaya benda gini dari percaya yg Islam ajar.

Azi said...

anak first sy xcukur means botakkan. tp anak kedua sy botakkan sendiri. kata org bagus nanti anak pandai. natah betul ke x. ada baca kat satu blog. xpenah dgr pulak pasal kematian tu.

QasehnyaRania said...

pasal kematian tu blom pernah dengar.
lagi satu elok uk kesihatan

ye la, rambut bby dalam rahim ibu kan bercampur dengan macam2..

bila kita cukur naik la rambut baru..

tak da la jadi kudis