Thursday, April 4, 2013

Bagaimana kalau 'lelaki' tapi 'perempuan'

Selalu orang kata kalau yang bermulut jahat ni mesti kaum perempuan, mengumpat mengata mengutuk mengedik semuanya mesti perempuan. tapi kenapa ek benda2 ni mesti perempuan je yang kena. tak dinafikan memang ada tapi takkan takde langsung kaum lelaki yang berperangai macam tu.

Mungkin korang tak jumpa/bertemu dengan lelaki yang macam tu, tapi saya memang sentiasa berjumpa lelaki rope gini tau. malah ada diantaranya lagi hebat kot. so tak semestinya lelaki perempuan tu bermulut jahat tapi tengok pada diri masing2. 

Tak ajak makan sama, MERAJUK...lelaki perempuan ada

Bila makan bersama, takde topik lain selain MENGUTUK, MENGUMPAT, MEMBURUKKAN si polan ni. tapi bila mana di polan ni join makan bersama pulak, boleh tu MENGUTUK, MENGUMPAT, MEMBURUKKAN si polan yang lain pulak...oh bahaya ni, boleh jadi musuh kalau salah hemah. lelaki perempuan jugak ada

Tak suka bersosial, alasan tak suka berjumpa orang...lelaki perempuan pun ada kan

Pada saya, kalau dah tak suka jumpa orang ramai, bekerja dengan orang ramai...baik buat hal sendiri je. jangan nak sibuk2 nak kacau hal orang lain. orang lain pun tak suka halnya di ganggu gugat dengan cerita yang macam2 tu...mari audit diri, renung2 kan dan selamat beramal!!! 

Tak mengenyangkan pun cerita pasal perihal orang lain ni, not good!!! but this one good lol... meh i story mory pasal tempat makan yang saya pegi malam tadi. mulanya nak pegi dekat tempat makan yang lain tapi bila dah sampai tempat tu, terus saya tak sampai hati pulak nak masuk coz takde customer langsung. yang ada hanyalah pekerjanya saja. saya jadi muskillah..., dengar kata tempat ni quite femes tapi takkan takde orang langsung kan walhal masa saya datang tu dah memang waktu makan malam. okaylah tak mau ambil apa2 risiko yang membimbangkan, saya dan my laki tukar plan makan di tempat lain yang sama2 dekat je.

Pertama kali kami datang makan di Restoran Qasar Saba, Medan Idaman, Setapak, belakang Ong Tai Kim...ramai jugak pelanggan. kawasan ni memang penuh dengan restoran ala arab tapi restoran ni yang ramai pak arab bertandang. kami yang takde rupa arab langsung ni pun teruja nak cuba. 
    
Harga rasanya okay, tak mahal sangat dan taklah murah sangat pun. my laki terus order fav dia, Lamb Mandy RM20, portion banyak tu untuk dia sorang je makan. saya ambik rasa sesudu je. nasinya memang sedapppppppp ko, lembut je...terasa segala rempah ratus di dalamnya. daging tu of course lembut gebu but sosnya yang meletup sedap sampai tambah 3 mangkuk kecik. do not worry, FOC je tu.
 
Pot of tea RM6, bukan setakat rasa teh je tapi ada rasa bunga cengkih dengan pudina sekali. terkulat2 jugak saya nak minum, tak boleh blah dohhhh...pelik nau rasanya. my laki suka, bergelas2 se-pot dia habiskan.
 
Mix Grilled Qasar Saba RM25, nampak macam biasa je kan...
 
Ahkak bukak tudung pratanya, ambik ko...kemain banyak condiment dalamnya tau. lamb kebab tu memang sedappppppp sangat, tak kering juicy bila masuk mulut. ada yang saya makan dekat tempat lain, daging kebabnya alahaiiiiii macam makan hampas ko...tapi tidak yang ini, highly recommended. portion banyak tu kalau gegirls2 bolehlah makan berdua or tiga. 
 
Apa yang boleh kami kata, so far apa yang kami order tu memang sedap sangat. ada harapan untuk ke sini lagi or maybe harus lupakan dulu resto arab yang lain buat sementara waktu ahaksss. 
 
Lepas makan terus pegi jumpa kawan my laki dekat area bundle...tak tau celah mana tah. bininya tido je lepas tu.

17 comments:

Khai♥Rin : anies said...

selagi bernama manusia, lelaki ke perempuan ke..perangai ttp sm ann..
sedap nyerrr

Zamani Abe said...

nasib arab! kesukaan baru Zam!

Zamani Abe said...

nasib arab! kesukaan baru Zam!

azieazah said...

Kak Azie suka gak menu Arab ni, tapi portion dia selalunya besar bleh kongsi 2,3 orang.

Lamb Kebab tu nak la try nanti.

babYpose said...

Salam, biasanya pendengar kena tukar subjek, ubah tajuk, inshaaAllah. Wah rezeki, nampak sedap Alhamdulillah :)

Nor Salmi said...

Zaman sekarang dah tak ada beza sangat kot antara lelaki dan perempuan. Kadang2 tu yang lelaki lebih hebat bergossip berbanding perempuan..

~Kak Nah Backyard (^_^)~ said...

kat opis knah orang laki lagi pandai bergosip..yang jadi radio karat pun sama =)

anis abdullah said...

boleh try ni..kami sukak..

seri hati said...

makanan kesukaan somtam.. nak pi cari la malam ni..

Ann Ishak said...

Anies - lumrah hidup bermasyarakat katanya

Ann Ishak said...

Zamani Abe - harus cuba tau

Ann Ishak said...

azieazah - betul tu kak, kalau makan berdua harus share je

Ann Ishak said...

babypose - kan, saya biasanya buat tak tau je...menyampuk tu jauh sekali

Ann Ishak said...

nor salmi - betul tu kak, sangat setuju

Ann Ishak said...

kak nah backyard - biasanya yang radio karat tu lantang sesangat

Ann Ishak said...

anis abdullah - cubalah

Ann Ishak said...

seri hati - somtam dekat kedai tomyam