Monday, April 8, 2013

Banyak buang dari makan

Sabtu 02/03 yang lepas, kami laki bini attended wedding my laki colleague at Dewan MPAJ. oh cantik mempelainya, cantik pelaminnya, cantik deko dewannya...serba cantik semuanya. 
 
Ini lauk pauk masa majlis tersebut, sedap cuma papadom tu masin sikit...tak termakan saya yang sedia kurang ketahanan masin ni. ada kambing golek jugok. desert pulak ada tapai pulut bungkus dalam daun getah, kuih tradisional dan cendol...memang sedap semuanya makanannya. semua menu tersebut adalah dari caterer.

Yang tak syok nya, caterer ni mengambil pelayan dari bangsa2 abg la (bangla) pulak. 1st time ni saya jumpa caterer yang ambik pekerja abg la ni, selalunya yang saya jumpa...pekerja2 mesti bangsa kita sendiri kan. bila saya suruh diorang ni ambik air basuh tangan, tercengang2 ko...penat pulak nak explain air basuh tangan tu apa. sudahnya dibawaknya air mineral ko, tepuk dahi saya. nak masuh tangan dekat mana dengan air mineral tu kalau dah kendinya penuh dengan air bekas basuhan tangan orang lain...alahaiiiiiii bai. akhirnya terpaksalah ahkak glamor ni bangun pusing setiap meja mencari air basuh tangan, perut dah lapor sangat tak mampu tunggu lagi dah.

Desert time, saya apa lagi ambiklah tapai pulut setangkat, ada 5 daun semuanya. makan satu, oh sedappppnya. lepas tu ambik jugak kuih, makan sedap...ambik pulak cendol, makan oh sedap lagi. biasalah kalau makan sambil bercakap berbual memang bestlah. ambik desert banyak letak tengah2 meja makan, makan ramai2 kan. bayangkan tengah dok bercerita sakan ni dengan kawan2 my laki, boleh abg la tu pegi kutip semua pinggan mangkuk atas meja kami...okay fine kalau nak kutip yang kosong2 tapi ni tidak, dengan makanan yang masih ada pun dia sapu sekali...dengan tak cakap apa2. weh tapai tu saya baru makan satu kot, ada lagi empat tak berusik...abg la ni boleh pegi buang semuanya. bukan dekat meja kami je, dekat meja orang lain pun sama. air baru minum seteguk pun dah diambik cawannya. oiiiiiiiii kalau macam ni confirm banyak buang makanan dari tetamu makan. terlebih rajin pulak bai ni.

Pihak caterer ni sepatutnya kena ajarlah abg2 la ni cara nak handle tetamu atau susun atur pinggan mangkuk, kemas meja segala. kalau macam ni caranya abg la ni bekerja, tak mustahil makanan lebih banyak terbuang dari makan. tak ke membazir dekat situ. dahlah cakap kita pun diorang ni tak paham, oh haiiiiiiii. 
 
Terubat kegeraman bila dapat door gift cantik ni. dapat dua sebab laki bini kan, tu yang best bila pegi majlis kawin laki bini ni...mesti dapat dua gift ahaksssss. + suka lagi sebab dalamnya ada telur rebus, oh tradisi sangat. untuk budak2 nampaknya diorang dapat candy bag, seronok sakan diorang makan gula2.
 
Anyway, tahniah untuk mempelai. semoga tabah mengharungi hidup berumah tangga ni. seronok tau bila dah kawin ni ahakssssssssss, tapi masih ada lagi yang kata kawin tu tak best...ermmmmm

18 comments:

Kesuma Angsana said...

mcm2 cerita waktu wedding2 ni kan

Ummiarissa Mahdi said...

kenduri kawin kat MPAJ..dah dekat umah mak saya tu...tapi bukan kenalan kami,tak dijemputlah..hehehe...masakan kampung juga sedap ye..

Mimy Hamid said...

khawin best indah..yeahaaaaaaaaaaa

ieja amieja said...

yeah...musim kenduri kawen ni sekarang pun bukan time cuti sklh je kan..bertimpa2 bila buat sume nk tunggu time cuti sklh..btw mmg cntk door gift tu..klasik gtu..

Kakzakie said...

Nampak sangat ramai warga kita dah tak nak jadi pelayan utk caterer tu yg dia ambil bangla... yg susah pelangganlah..

Cantiklah door giftnya Ann..

Khai♥Rin : anies said...

mesti mat bangla tu baru smpi mesia... hehehe

Cho Zila said...

dah berapa kali gakler.. orang kitani tak nak kejeker atau kateringni nak upah murahkan... memang sakit hatiler kan...

munna said...

mmg cantik lah door gift tu.....

Iha Zaliza said...

diorang upah abg la sbb lagi murah dari bayar caterer tempatan, ini fakta kan kak.. eniwei, iha baru tau ada bahasa lebih sopan nak panggil pasni (abg la).. :P

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - biasa la tu KA

Ann Ishak said...

Ummiarissa mahdi - memang betul, kena pulak yang ada ulam2an tu kan

Ann Ishak said...

mimy hamid - ye la tu indah

Ann Ishak said...

ieja amieja - setiap minggu dah sekarang ada kenduri kawin

Ann Ishak said...

kakzakie - + mungkin bayarannya pun murah kot

Ann Ishak said...

anies - agaknya la

Ann Ishak said...

cho zila - entah la kak

Ann Ishak said...

munna - cantik kan

Ann Ishak said...

iha zaliza - abg la sedap sikit dengarnya