Wednesday, April 3, 2013

Bersyukur dengan apa yang kita ada...

Pernah rasa kecewa...?!!! mesti pernah kan, bohonglah kalau tak pernah rasa kecewa. tak dapat beli barang yang betul2 kita NAK...aduhhhhhhhhh kecewanya. tak dapat makan makanan yang kita NAK sangat makan...aduh kecewa lagi. walhal NAK tu sebenarnya adalah ikutan nafsu semata je, bukannya betul2 kita perlukan pun. 

Saya kalau tang barang tu taklah sangat pun merengek kalau tak dapat tapi tang makanan tu, ohhhhh payah weh. dalam FB tu selalu tengok kengkawan pegi makan sana sini, saya pun mulalah pasang angan2 nak makan sana sini sama jugak. tapi kalau tak dapat tu kan, 7 hari 7 malam...siang mimpi malam mengigau ko, dasat betul penangan kecewa ni. 

Tapi bila fikir balik, bukannya saya tak dapat makan langsung...malah apa yang saya makan tu rasanya lagi sedap kot dari yang orang lain makan ahaksssss. cuma perasaan nak sama dengan orang lain tu datang jugak walaupun dah di halau pergi jauh, tapi dekat rupanya.

My laki selalu sangat cakap, tak perlulah nak teringin bebenar makan dekat tempat tu...sedar sikit selama ni kita makan serba cukup serba sedap, bersyukur dekat situ. orang lain belum tentu makan sesedap secukup kita makan. bukan setakat makan saja, pakai, angggota badan, malah benda2 yang kita gunakan selama ni semuanya itu adalah  menjadi kesempurnaan diri kita. syukur sangat kita ada semuanya.

Rasa syukur mesti ada tetap dalam diri agar kita lebih menghargai segala apa yang kita ada dan punya. hari ni kita ada segalanya, besok tak menentukan lagi kita masih memiliki segalanya. syukur tu bukan subjective ye, tapi ia adalah HARUS...HARUS ada dalam diri sendiri. 
  
Malam tadi saya masak Asam Pedas Sardin je jah, stock ikan dah habis...yang ada setin sardin. syukur jah, dengan setin sardin tu mampu mengenyangkan perut saya laki bini + dengan pujian melambung lagi..."walaupun sardin, i tetap suka makan masakan u. tetap sedap tip top punya." ayat hati beli jiwa tu, jangan tertipu :P

Nak jugak ke resepi, okay meh kita kongsi nikmat syukur ni bersama;

Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus (bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, sedikit belacan dan lada hitam) sehingga wangi, masukkan serai + lengkuas (dititik), cili kisar dan masukkan air asan jawa. nak sedap, tambah daun kesom, bunga kantan (belah 2) dan masukkan sardin bersama sosnya sekali. selepas tu masukkan tomato yang dibelah 4 dan perasakan. sedap makan dengan roti macam my laki buat, saya makan dengan nasi...tak behi nak makan dengan roti ni.

Ahad lepas, tukar tayar kereta...2 tayar belakang dah wajib tukar. my laki memang particular sikit pasal kereta ni, coz a part of keselamatan kena ambik serius. memang setiap 6 bulan, bertukarlah kasut kereta ni...itu pun as advice dari pomen. kalau bunga tayar tu cantik lagi, taklah kami tukar pun...tukar bila dah sampai masa kena tukar je.

Hantar kedai dekat rumah jo, syukur semuanya ada dekat dengan rumah.


Syukur jugak masih boleh menukar tayar kereta on time, kekadang kesian tengok kereta2 tersadai di tepi jalan sebab pancit. hazab ko...ahkak dah pernah merasa tu dek.

15 comments:

dear anies said...

betul tu...bersyukur dgn apa yg ada..jgn byk komplen + byk songeh ;-)

Kakzakie Purvit said...

bila kita selalu bersyukur kita tidak mudah rasa mengeluh sebab terasa semuanya ada dan cukup belaka...

Mimy Hamid said...

kita mmg kadang alpa nak bersyukur..syukur ALhamdulillah apa yang kita nikmati dan kecapi

ieja amieja said...

assalam..
betul la kata hbby awak tu..bersyukur seadanya..yg pentig cukup dan halal..
masih ramai lagi yg kebulur kat luar sana tu kan..apa pun sedap lg asam pedas awak ..:D

p/s: semalam pun hbby baru tukar 2 bj tayar kete jgk..siap wat elemen ngan balancing dkt lima ratus gak melayang..kancil je tu..hehe

Mizz ErMa said...

ha ah kan kak..kadang2 tu,rasa nak itu nak ini memang selalu sangat berlaku..lepas tu frust sensorang..hehehe

Masya said...

semua yg berlaku ada hikmahnya... mestilah besyukur dan sentiasa berfikiran positif...

Unknown said...

asam pedas sardin..knah belum pernah cuba, selalu buat sambal n kari je..nie boleh cuba nie =). knah follow Ann juga ya =)

Ann Ishak said...

Anies - yezza

Ann Ishak said...

Kakzakie - insyaAllah kak

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - semoga lepas ni kita lebih mensyukuri kehidupan kita

Ann Ishak said...

ieja amieja - biasalah, harga tayar kereta pun bukannya murah

Ann Ishak said...

saifudin abu izzudin - nice sharing

Ann Ishak said...

Mizz Erma - bila dah frust, bari insaf kan hiksss

Ann Ishak said...

Masya - insyaAllah

Ann Ishak said...

kak nah backyard - thank you kak