Friday, April 5, 2013

Bila Jumaat tiba...

Mulalah mood bekerja tu merundum terjunam turun dari graft. kalau timbang pakai dacing BN (mood mengundi katanya), antara rajin bekerja dengan malas bekerja...PASTI yang malas tu lebih berat dari rajin. kenapa ek, memang macam tu ke rasanya bila tiba hari Jumaat. 

Saya pulak jenis yang tak suka ambik cuti hari Jumaat, lebih prefer hari Isnin lagi. merasakan waktu rehat yang panjang tu yang membuatkan rugi sangat kalau ambik cuti hari Jumaat. cuba sedaya yang boleh untuk TIDAK ambik cuti hari Jumaat. kalau Isnin pulak, alahaiiiiiiiiiiii bermanja2 gitu nak bangun pagi kan :) 

Dilema hari Jumaat ni kadang2 bosan jugak nak dilayan. merasakan diri bagai demotivated pulak, tak suka situasi tu. aura bekerja tu seperti hilang, entah cicir dekat celah mana pun tak tau. mulalah mata ni asyiklah tengok jam, mengira berapa jam lagi nak balik. perjalanan 8am to 1230noon tu panjangggggg bebenar tapi bila masuk 230pm to 5pm, dah tetiba pulak mood rajin tu ngada2 datang. lagi haru kalau Jumaat ku berakhir 10pm baru tutup kodai huwaaaaaa. 

Korang macam mana pulak, adakah Jumaat korang pun sama macam saya?!!!

Malam tadi saya berselera pirana, akibat tak makan langsung siangnya (kalau niat puasa pun bagus, tapi tak niat pun). my laki pulak cuti semalam, apa lagi meh teman bini pegi makan. kemain dalam kereta dah terbayang nak makan banyak2, ganti balik tenaga yang hilang ewahhh. semangat waja yang sememangnya waja laki ku bawak makan dekat Promtip Thai  Bandar Tasik Permaisuri.

Tomyam Seafood kaw2 punya, penitik ayak peluh, ayak mata, ayak hidung pun menderu keluar...pedas betul

Somtam untuk orang yang berangan tak sudah nak diet tapi tak kecik2 pun ahaksss

this is my fav, pucuk paku goreng belacan...tengoklah cili merah saga ko. jenuh mengutip cili tolak ke tepi. my laki kalau makan main suap je, bukannya tengok apa yang di suap. 

laki: kita makan pirana steam malam ni ye, since you pun dah macam pirana 
bini: cissss !@@#$$%%%^

4 comments:

Khai♥Rin : anies said...

mn2 pon sm..jumaat or isnin..yg penting cuci approved ;-)

ieja amieja said...

klu akk plk jumaat bersemangat sbb esok tu cuti..skrg ni ngasuh budak sama je situasinya..mcm bese la isnin lak lemau je..

Ann Ishak said...

Anies - yezza

Ann Ishak said...

ieja amieja - kan kak, walaupun di rumah masih ada jugak rasa lemau isnin tu