Sunday, April 21, 2013

Hukum suami keluar malam

Nikah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 93-94 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Kawan saya baru berkahwin. Suaminya suka keluar lewat malam bersama kawan-kawannya. Suaminya keluar jam 2 pagi dan pulang jam 5 pagi.

Apabila kawan saya melarang suaminya, mereka bergaduh dan suaminya berkata, "Semoga malaikat melaknat engkau." Adakah si isteri dianggap menderhaka kerana melarang suami keluar malam? Adakah perbuatan si isteri itu dilaknat Allah?

Jawapan

Suami berhak keluar rumah bila-bila masa sahaja beliau mahu dan tidak wajib suami menuruti kemahuan isterinya supaya berada di dalam rumah sahaja.

Namun, dalam rumah tangga Islam, isteri adalah penasihat. Apabila isteri melihat suatu yang tidak baik, maka tanggungjawab si isteri menasihati ataupun menegur suaminya dengan cara yang baik.

Bagi suami pula, jangan bersandar dengan kuasa mutlak sebagai suami sahaja, tetapi perlu ingat agama menghendaki seorang suami itu menjadi suami yang baik. 

Rasulullah berkata, "Suami yang terbaik ialah suami yang baik dengan anak dan isterinya."

Maka, suami terbaik itu haruslah pandai menjaga hati isteri dan bukan mementingkan hatinya sahaja, bahkan hati isteri pun perlu dijaga sama.

Kesimpulannya dalam kes ini, si suami boleh keluar pada waktu malam, cuma kurangkan sedikit supaya isteri berasa mendapat perhatian dan kasih sayang daripada suami.

12 comments:

PakcikLie PCL said...

Assalamualaikum, terima kasih dtg menjengah blog pcl dan komen..

bagi permasalahn keluarga macam ni, ..selalunya suami yg cukup ego dan kurang keimanan dlm diri. Persefahaman dlm keluarga harus dicipta bersama, insyaAllah keluarga akan terus bahagia.

sazzy said...

saya sedang menghadapi masalah seperti diatas. Tiap kali saya tegur, dia kata "i suami, i tak perlu mintak permission you". Haiiisss..kadang2 rasa mcm nak lari dari rumah. Penat saya kendalikan anak2 disiang hari. Malam pon takde rehat. Mcm maid dibuatnya.

ABDUL HALIM said...

salam..saya selalu keluar dengan kawan pukul 12 hingga pukul 1-2 pagi. dah 5 tahun kahwin baru nk ada kawan-kawan.Selalu juga bergaduh tentang hal ni. dari seminggu 2 hingga 3 kali sampaila seminggu sekali pun jadi gaduh. hingga terakhir saya tidak dibenarkan keluar lewat malam langsung. Pesan saya kepada isteri-isteri diluar sana, nasihatkn suami supaya ubah sikap tetapi berpada-pada. Suami boleh rasa sangat tertekan dan boleh menyebabkan penceraian. Saya tak nampak di mana salahnya keluar minum dengan kawan-kawan sekali sekala. Bukannya suami pergi disko, pergi dengan kawan-kawan perempuan. Kadangkala suami nak juga ada kawan-kawan. Terutamanya kalau suami bekerja sendiri. Selagi tak melanggar batas-batas agama. sekian pandangan dari pihak lelaki..

afidah sallehudin said...

huh...xsngke laki yg punye akal seploh bole jwp mcm ni...
wahai laki yg budiman pk la kalaw bini kamu sendri buat cm kamu buat
n ckp... xpela bang bkn salu i kua ngn mmbr ..i kua kejap u JAGE ank kat ruma ye mlm ni.. ini bukan mslh ego mslh batas bla bla bla...
abah suami lelaki bkn sekadar 'title' yg bole dibanggekn tp ingt kt mne pon kamu pg kamu bwk t/jwb bersama kamu..ko ingt bini ko tu kuli?siang kje mlm nk uruskn anak2..time nk wat anak reti pulak dok ruma??pfftttttt....

norazreen yahaya said...

I cant believe ada yg rs betul dgn tindakan suami keluar malam sebab nak layan kawan.. omg

norazreen yahaya said...

I cant believe ada yg rs betul dgn tindakan suami keluar malam sebab nak layan kawan.. omg

Unknown said...

Pegi tukar jantina la wei, pastu nikah ngan pompuan, bangang abadi

Unknown said...

Pegi tukar jantina la wei, pastu nikah ngan pompuan, bangang abadi

norazreen yahaya said...

eh eh.. ade jgk laknatullah cmni eh.. x jd somi lg x yah nk sembang lebih la.. baik ko g jadi gay.. dasar lahanat.nama pon x de...pengecutttttt... g potong sama itu luuuuu..puihhhhhhh

Mrs. HanDaisy said...

Semoga Allah memberikan kamu pahala yg setimpal ATS perbuatan my in sha Allah aamiin

Mrs. HanDaisy said...
This comment has been removed by the author.
sitirasidah togimin said...

Tapi kalau jenis yg nak keluar hari2 tinggalkan anak isteri...isteri mana yg sanggup tahan? Isteri juga bekerja, penat juga..nak urus anak, rumah, masak..
Itu kewajipan bersama..