Tuesday, April 23, 2013

Indahnya alam selepas hujan

Indahnya alam sekarang ni, setiap petang mesti hujan dengan lebatnya. walaupun ada yang menyungut atas sebab2 yang tertentu dan kadang2 saya pun tak terkecuali tapi saya suka waktu hujan sebenarnya. kalau dekat rumah, waktu hujan macam ranyai2 or lebat sikit tapi tanpa kilat dan petir berdentam dentum, dah pasti saya akan bukak tingkap luas2. oh...the smell memang menyegarkan, sedap betul. 

Duduk dekat bandar besar ni, dah payah nak dapat hidu udara segar pun...hanya selepas hujan nilah udara yang saya rasa segar dan fresh, no more smell asap2 kenderaan. mujur je dekat area kawasan rumah ni masih ada lagi hutan simpan yang di jaga, tidak boleh ditebang sesuka hati. bolehlah mata ni segar bugar dengan melihat kehijauan pokok2 hutan disebelah rumah je. bukan takat hijau hutan boleh di lihat, monyet pun banyak dan kalau bernasib baik ...anak beranak kinzir pun boleh jumpa.

Bersyukurlah kita hidup di bumi yang takde masalah tengkujuh melampau, ataupun banjir besar sehingga menenggelamkan seluruh kawasan, ataupun musin sejuk yang melampau sehingga tak mampu untuk berada di luar rumah. bersyukur kita di kurniakan kehidupan di bumi khatulistiwa yang mempunya putaran alam yang sempurna, jauh dari kawah2 gunung berapa yang aktif or gempa bumi. bersyukur kita hidup bersama di kelilingi ahli keluarga dan sahabat handai tak kira bangsa di bumi bertuah ni dengan kesenangan dan kemewahan dari hasil bumi sendiri. walau apa adanya kita, bersyukurlah kerna ada ramai lagi yang lagi malang hidupnya dari kita. 

kek nan sepotong...syukur

Sedap betul kek ni i tell you, sampai lelap2 mata ahkak menikmati kelazatan kek ni. tetiba teringat statement seorang kawan, sampai mimpi2 nak makan sushi...meh ngedate dengan ahkak ko ni, ai kan pencinta ikan mantah ahaksss. always available for any hospitality (^_*)

Balik dari kerja semalam, terus belai pokok bunga dalam rumah. dah mula layu daunnya dek cuaca panas sebelum ni. bagi minum air, lap2 sikit daunnya ala2 mandi lap rupanya. baru nampak berkilat cantik sikit pemandangan dalam rumah...taklah kusam macam sebelumnya.  barulah boleh berlakunya pertukaran karbon dengan sempurna dan seimbang ahaksss...

7 comments:

Masya said...

semalam ptg hujan.. hari ni barulah terasa sejuknya... dah seminggu panas terik..

Kakzakie said...

Sejuk selapas hujan dapat pula menikmati sepotong kek dan secawan air panas mestilah heaven rasanya Ann..

Mimy Hamid said...

yer la sampai mimpi pentegar makan sushi pun masuk dalam mimpi apa cerrrrrrrrrr....hihih..awak le tu

wantie said...

amboi nikmatnya makan kek. kita pun suka tau kek. meh ngedate ngan kit amakan kek.

tapi kita tak suka sushi..

anis abdullah said...

dah lama tak mkn sushi. pasni takde kedai sushi dah...wawawawawa

Cho Zila said...

dasatnyer menikmati makanantu...

☻UsaGi NaNa☻ said...

perhh!! nikmatnye muke!