Thursday, April 25, 2013

Kalau dapat rezeki 100k dalam tangan

Erm...payah jugak nak pikir kalau dah ada banyak sangat duit dalam tangan. tak tau mana nak di beli mana nak di tukar. tapi ada jugaklah "list ber'angan2", seandainya saya dapat rezeki 100k dalam tangan;

1. Saya akan list down hutang kereta hutang rumah yang ada, bayar sekali harung. baru tenang hidup tanpa berhutang. 

2. Nak tambah rumah lagi mungkin dalam 2 buah, boleh buat investment. walaupun dah ada duit berkepuk2, long term financial kena pikir jugak (*_*)v

3. Tukar kereta tu dah tentu tapi bukan menambah kereta. taklah sampai nak bertukar jenis kereta setiap hari kan...moga saya takde prinsip hidup menunjuk macam tu.

4. Simpan perbelanjaan untuk pelajaran anak2, itu penting.

5. Simpan jugak untuk saat2 kecemasan, bak kata orang malang tak berbau.

6. Terus penuhkan quota belanjawan untuk haji diri sendiri, suami dan makpakcik2 saya yang masih ada lagi ataupun yang telah tiada. alhamdulillah untuk arwah ayah dan arwah mak dah sempurna sesama adik beradik yang lain.

7. Nak cari sebidang tanah kosong di kawasan kampung saya dan my laki untuk dijadikan tanah wakaf untuk didirikan masjid/surau/sekolah pondok untuk kegunaan semua generasi.

8. Kalau masih mampu lagi, saya teringin nak memiliki sebuah rumah, kecik pun jadilah di Mekah untuk transit ahli keluarga semasa umrah/musim haji.

9. Kalau masih ada lebih lagi, simpanlah untuk hari tua pulak. teringin jugak nak buat macam my sista, rumah besar sampai 7 bilik...semua anak2 dapat bilik sorang satu. mujur je anak 6 orang, kalau 12 orang...mau jadi rumah teres setingkat nanti. 

10. Walaupun dah ada duit berkepuk2 nanti, In Sha Allah saya masih lagi ingin bekerja. kerja   kita adalah ibadah...selagi mampu sihat tubuh badan lakukanlah. dengan duit gaji tu pulak nanti, saya nak beli sebidang tanah dan saya nak menternak kambing, lembu dan nak tanam serai dengan cili padi. 

Ini semua adalah angan2 sekiranya saya dapat rezeki 100k tu lah. angan2 tu taklah hebat sangat pun, boleh je kalau nak buat sekarang tapiiiiiiiiiii kenalah berdikit2 ikut kemampuan...tak tau bila tahun menjadi realitinya.

Kalau korang pulak, apa yang korang akan buat dengan duit sebanyak 100k tu...?!!! 

6 comments:

Mie said...

Ann, kalau cuma 100K mana cukup untuk itu semua. Kalau 1J OK kot...(dasar tamak)... hehe

WanBeruas said...

saya ada 4 kereta dan sering bertukar menggunakannya..tapi idak lah ada rasa nak menunjuk2..Cuma menghargai rezeki Allah..:0)

Kancil 8349 said...

kalau fikir...memang ndak cukup sebenarnya namun sentiasalah kita bersyukur dengan nikmat yang kita dapat...:)

wahida said...

aku akan clear semua hutang...hutang rumah nak langsaikan terus....

anis abdullah said...

100k tak ckp nak buat semua tu. tapi kalau beli hartanah kat area kampung untuk hidup masa tua nanti syok gak.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Zmn skrg ni 100K mmg tak cukup utk penuhkan semua tu, tapi klu kita pandai budget (rolling2 buat modal bisnes dan dh byr zakat).. tentu Allah permudahkan.