Monday, April 1, 2013

Kasyah Lagenda Berakhir (Saga 3) by Ahadiat Akashah

Dek kerana minat sangat dengan kisah kasyah dalam nivel Lagenda Budak Setan, kisah percintaan, kehidupan, persahabatan, ikatan persaudaraan yang terlalu banyak cabarannya...membuatkan saya teruja untuk menghabiskan kisah LBS ni sehinggalah novelnya yang terakhir (Saga 3). walaupun suka dengan novelnya tapi saya tak pulak beria nak menonton movienya, maklumlah tak semua babak dalam novel ada pada movie kan. tapi rasanya kisah novel ni akan difilemkan jugak kot, barulah complete perjalanan cinta kasyah - pencinta terulung. sinopsis terus je;
 
Segalanya semakin perit untuk dilalui Kasyah setelah pertunanganya terputus dengan Katerina.Hisyam berjaya menyunting Katerina sedangkan dia tidak tahu semua itu sandiwara yang dirancang Katerina untuk membalas dendamnya.
 
Kasyah pula melalui kehidupan dengan segala kepayahan sehinggalah Sofean sendiri meminta agar Kasyah menerima Katerina selepas dia yang memutuskan pertunangan itu. Itu pun kerana setelah Katerina murung selepas pencerainnya dengan Hisyam.
 
Demi maruah, Kasyah menolak dengan sengaja melamar Zahirah untuk menyakiti lagi hati Sofean. Malangnya, Zahirah menolak kerana tak mahu melukakan hati Katerina sedangkan hakikatnya dia amat mencintai lelaki itu.
 
Hisyam masih lagi menyimpan tekad untuk memenangi hati Katerina semula sehinggalah Jackie hadir dalam hidupnya. 

Zahirah yang menyesal menolak lamaran Kasyah itu akhirnya bertemu Shan yang mencintainya sepenuh jiwa. 
 
Mampukah mereka semua mengatasi kemelut cinta yang melanda jiwa masing-masing dan akan berakhirkah lagenda cinta ini dengan segala keindahan, atau sebaliknya?

6 comments:

dear anies said...

betul..bla da bc x mninat nk tgk movie

Anonymous said...

wah mcm menarik aje ni!

[sutera kasih] said...

blm pernah lg bc novel2 LBS ni..smua komen novel lg best bnding movie..nti nk carik gak la novel2 :)

Ann Ishak said...

Anies - kan :)

Ann Ishak said...

Kesuma Angsana - :)

Ann Ishak said...

sutera kasih - mesti beli 3 buku ni tau, barulah complete cerita