Friday, April 26, 2013

Kebaikan yang menakutkan

Oh hai la mata, kemain memberat betul...puas di tahan makin nak tertutup tido pulak. mengantuk sekarang ni makin teruk, sambil duduk atas kerusi sambil tengok movie pun mata boleh tertutup tido. inilah routine setiap hari bila balik dari kerja, sampai rumah mandi manda solat isyak lepas tu buatkan air kopi kaw2 seteko dengan biskut/kek/roti untuk my laki makan nanti. lepas tu dibuai mimpilah. kot2la ada mimpi, tapi biasanya memang lena sampai ke 545 keesokan harinya. laki balik keja pun tak sedar, pepandailah layan diri sendiri nak makan ke minum ke...dah sedia kan.

Dah sebulan lebih rasanya dapur pun tak berapi. bukan sebab gas dah habis tapi sebab tak masak langsung di rumah. bukannya malas tapi saya balik pun dah lepas 9pm, dengan nak tunggu ikan ayam lembut lagi, nak siang bahan2 lagi...mau tengah makan je makannya nanti. so my laki dah tak bagi masak coz dia pun tak ambik heavy dinner. 

Malam tadi pegi makan dekat luar je, mengidam nak makan kue tiew ladna yang dekat Restoran Jom Cari Makan tu. 

RM2 per pot ini chinese tea

3 layer RM3.50 memang sedap la...ni pun dah berapa puluhan kali jugak ke sini dan minum minuman ni

kue tiew ladna ku...sedapnya RM6

My laki ambik nasi berlauk RM6.90 dengan sayur asparagus RM10. pakcik tu dah seminggu puasa nasi, sekali dapat nasi terkejut perutnya...makan sikit je. sayur tu pun tak abis, bungkus je bawak balik. tajuk atas tu memang takde kena mengene dengan semua yang di atas tapi relate sama hari je. meh nak cerita benda yang sebenar...

Saya memang selalu balik lewat dari office, masa perdana adalah around 8pm to 9pm...tunggu saya hantar boss pegi bizz trip je barulah dapat balik 5pm. semalam saya nak balik, adalah manager ni kebetulan dia pun nak balik jugak. saya tanyalah dia parking dekat mana, rupanya dia naik komuter. saya pun tanyalah, boleh jalan sama tak coz dari office ke parking area memang sejalan je dengan komuter. okaylah dia pun tunggu saya dok mengemas laptop masuk beg clear meja, lock bilik boss. makanya jalanlah together2.

Bila dah sampai ke laluan komuter tu, saya ingatkan manager ni nak terus pegi ke komuter la dan saya jalan sorang ke parking coz sebelah je...dah dekat pun. rupanya dia still nak temankan saya sampai ke kereta walaupun saya dah kata tak perlu coz dekat parking tu ada je orang sebab ramai yang main ping pong dekat area saya parking. okay ikutkan ajelah walhal masa tu hati saya dah rasa lain je...puas nak positive kan diri tau. 

Bila saya dah masuk kereta barulah dia pusing balik untuk nak ke komuter. saya kalau start engine kereta, takkan terus jalan...mesti panaskan engine dulu, confirm 2-3 mins jugak nak tunggu kan...boleh pulak manager ni tadi turun semula tengok saya dekat kereta. agaknya dia tertanya2 kenapa saya tak jalan lagi...adoiiiiii tindakan tu membuatkan saya takut okay. terus je saya tak tunggu lagi, lepas handbrek terus jalan je sambil dalam hati berkata...lepas ni saya tak naklah susahkan dia nak jalan sesama. maybe dia nak pastikan saya betul2 selamat tapi tindakannya membuatkan saya rasa takut pulak. manager ni seorang lelaki dan seharusnya saya rasa takut. 

Cerita dengan my laki, terus my laki dah tak senang duduk sekarang ni. setiap jam mesti nak  sms or call tanya memacam...oh haiiiiiiiiii janganlah begitu bang, saya banyak keja ni  


7 comments:

Kakzakie said...

en abang bimbang manager tu macam taking care too much jealouslah hihi.... Tapi kakak rasa manager itu seorg yg baik hati sebab tahu Ann perempuan. Sekarang banyak kes terjadi di car park.

Kakzakie said...

Eh... kwee teow lada tu kakak nak googlelah resepinya. Nampak sedaplah Ann:)

Kakzakie said...

Kwee teow lada pulak dah... ladnalah:)

whitecappuccino said...

lewat ya ann balik kerja..tentu penat bangat.klu akak time tu mmng tak masak dah.kuey teow ladna tu yummy!

~♥ OjaAmran ♥~ said...

kuew teow ladna nampak sangat sedap hokey! pasal kat parking i think dia concern je kot dan nak pastikan u selamat :)

anis abdullah said...

pasni aku pun sampai rumah lewat juga ke...huwaaaa

Ujie said...

Takpe, at least dah dpt pengajaran..