Saturday, April 6, 2013

Kehendak Isteri dan Kuliah Jumaat

Nikah - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 88 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya dan isteri tinggal berasingan dan hanya berjumpa seminggu sekali pada hujung minggu. Kebiasaannya selepas turun dari bas pada pagi Jumaat itu, saya akan pergi menghadiri kuliah Jumaat dahulu sebelum pulang ke rumah berjumpa isteri. Isteri saya berulang kali menyuruh saya pulang ke rumah dahulu daripada mengikuti kuliah Jumaat, tetapi saya tidak menghiraukan permintaan isteri saya itu.

Apakah hukum sekiranya seorang suami ingkar dalam memenuhi permintaan isteri? Mana yang lebih utama antara memenuhi permintaan isteri ataupun menghadiri kuliah agama?

Jawapan

Menghadiri kuliah dan mengambil hati isteri, kedua-duanya adalah penting.

Seeloknya pulang ke rumah sekejab bertemu mata dengan isteri sebelum ke kuliah. Kemudian, sekiranya mahu, lebih baik bawa isteri bersama pergi ke kuliah.

Seorang isteri tidak berhak menahan suaminya daripada hadir ke kuliah, tetapi suami yang bijak adalah suami yang pandai mengambil hati isterinya.

6 comments:

Kakzakie said...

Jawapan yg diberi UAI sangat mantap...

Norhaizan hakim said...

Setuju sangat dengan UAI.

iAmCekbolat said...

perghh . dua dua penting . jadi kenalah bijak dalam mngimbangkan :)

Ann Ishak said...

Kakzakie - betul tu kak

Ann Ishak said...

Norhaizan hakim - yes

Ann Ishak said...

i am cek bolat - terasa diri ni dihargai pulaksss hiksss