Sunday, April 28, 2013

Membeli al-Quran

Al-Quran dan Hadis - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 98 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Bagaimana saya mahu membeli naskhah al-Quran yang dibeli di kedai, sedangkan saya dalam keadaan berhadas?

Jawapan

Sebaiknya tuan perlu mengambil wuduk sebelum pergi ke kedai membeli al-Quran. Sekiranya tidak dapat berwuduk, letakkan al-Quran itu ke dalam beg yang bercampur dengan barang lain dengan tiada berniat membawa al-Quran. Contohnya: "Saya membawa beg, bukan al-Quran."

Tidak harus memegang al-Quran semasa meletakkan al-Quran ke dalam beg dan membawa masuk ke dalam rumah. 

2 comments:

Buatbest said...

perkongsian yang bagus untuk semua,,manfaat untuk semua yang mungkin tidak tahu..

QasehnyaRania said...

morning.
thanks share.tambah ilmu pepagi ni :)