Wednesday, April 10, 2013

Menegur secara berhikmah

Biasa tak dengar pepatah, 'menegur untuk kebaikan'...mesti pernah kan. or else tak pernah pulak  ada orang menegur untuk keburukan ye dok. cuma kadang2 tu yang membuatkan kita tak betah dengan teguran adalah kerana cara teguran itu sendiri yang sering / selalu nak menyakitkan hati orang yang nak di tegur tadi. selalunya dari segi perkataan dan tingkah laku. itu yang kalau salah pertimbangan, dari niat baik nak menegur bertukar jadi perbalahan pulak.

Ada pulak yang boleh menegur kesalahan orang lain tapi tidak boleh menerima teguran dari orang lain (konsep menegur dan ditegur). adatlah bila kita berada dalam kelompok orang yang ramai dalam sesuatu keadaan di mana tegur menegur tu penting untuk memperbaiki diri dan juga orang lain. walaupun setinggi mana kedudukan, pangkat, umur seseorang tu, pasti tak terlepas dari melakukan kesalahan yang harus di tegur untuk menyedarkannya.  

Bak kata pepatah 'menegur tu tandanya sayang'. tak bangga ke kalau orang tegur kita, bermakna masih ramai lagi yang sayang pada kita. sentiasa mengambil berat pasal diri kita kannnnnn. ahkak bangga dek, makin ramai yang kita kenal...makin kenai lo pelbagai perangai depa ni. 

Kalau rasa si polan itu wajib di tegur, tegurlah dengan cara berhikmah. jangan pulak hang hoi2 kan depa pulak, itu memang mendatangkan MARAH. teguran tu harus dengan kelembutan, bukannya kekerasan macam nak lawan bertumbuk pulak. 

My laki selalu menegur saya secara berdua2an, dalam bilik lagi ahaksss. amat jarang dia nak menegur2 ni bila mana ada orang lain di sekeliling kami. diakui ada masanya saya pun rasa tak puas hati jugak bila ditegur tapi the way he talk, puji2annya pada saya, cara dia ambik hati saya tu yang membuatkan saya lembut hati untuk menerima segala teguran. pada saya, seorang suami harus tahu cara untuk menegur isterinya...jangan cakap main lepas je walaupun dekat isteri sendiri. suami pun HARUS menjaga hati isteri jugak kan :P
   
Masih banyak lagi perkara yang harus di tegur, masih lagi gigih untuk berubah ke arah yang lebih baik. now...life is changing and more challenging, In Sha Allah