Tuesday, April 2, 2013

Sabtu di "taman2 syurga"

Sabtu yang lepas my laki kerja. macam biasa pepagi menjadi supir rasmi menghantar dan menjemputnya petang nanti. di rumah pulak membersih apa2 yang patut dari depan ke belakang dalam bilik besar bilik kecik + segala bilik yang ada. habuk jangan cerita, maklumlah seminggu sekali bercuci...nak je saya upah orang datang every weekend mengemas rumah, penat weh. 
 
Activity saya di hujung minggu memang sentiasa sama je, kalau tak kemana...beginilah ragamnya. bila lapar + malas pulak nak memasak, apa lagi start engin kereta pegi cari makan walaupun sorang tapi saya still okay lagi...dah biasa pun macam ni. 

Lunch di Octopus Sushi di Ampang Point, paling dekat dengan rumah. kalau saya makan di sini, jarang sekali lebih dari 5 pinggan color tu...dengan portion sushi yang besar, mau sebu perut. total pinggan tu + green tea + serv charge = RM30.80

Sebelah petangnya baru ada plan, taklah menarik kot tapi saya laki bini suka. selepas ambik my laki dari tempat kerja, kami terus singgah masjid TTDI untuk solat jemaah dan langsung mendengar ceramah sekali. taklah ceramah dari ustaz yang femes tapi cukup untuk kami menimba banyak ilmu agama. sedar diri ni selalu je alpa, dengan sedikit kesedaran yang tinggal, kena memampatkan diri ke arah akhirat dengan lebih serius lagi.
 
Diakhiri dengan solat isyak berjemaah, dan barulah bersurai balik ke rumah. oh alangkah indahnya "taman2 syurga"

12 comments:

Mimy Hamid said...

pengemar sushi tegar ni...best tul

bestnya jalan jalan cari masjid..bestt

anis abdullah said...

masjid ttdi best. kami pun suka..

[sutera kasih] said...

indah & damai :)

Cho Zila said...

suka gak sushi.. dah lama tak makan sbb suami tak gemar..
ehmmmm dah lama tak dengar ceramah agama live dari masjid.. selalu dengar kat tv.. mungkin kena ubahler...

munna said...

shushi... munna suka tapi tak pernah makan yg tempat lain selain shushi king..... alhamdulillah.....

Khai♥Rin : anies said...

uiii byk tu

Ann Ishak said...

Mimy Hamid - sushi tak dapat dipisahkan :)

Ann Ishak said...

anis abdullah - best kan, selalu pegi dekat sini je :)

Ann Ishak said...

sutera kasih - :)

Ann Ishak said...

Cho Zila - kalau ada kelapangan apa salahnya kak :)

Ann Ishak said...

munna - sekali sekala kena cuba tempat lain jugak :)

Ann Ishak said...

anies - ye ke, tapi kalau kurang rasa macam tak cukup pulak :)