Wednesday, April 24, 2013

Wedding @ Cheras Area

Masih lagi ramai kawan2 my laki yang bujang, rasanya almost every month mesti ada je kawan2nya yang kawin...still masih ramai lagi yang bujang rupanya. best betul keja my laki, tiap2 minggu bawak balik card walimatulurus. tampal dekat fridge sampai dah takde ruang lagi nak letak card seterusnya. ramai betul bujangan dekat office mamat ni, seronok je bila tengok diorang ni naik pelamin...ahkak pun teruja sama mengeletis nak naik pelamin jugak, opsss

Hidangan style hidang gini, memang sedap sangatlah nak tambah menambah...tak payah nak tukar2 pinggan bagai, malu pun boleh cover sikitlah. rendang tu pulak, sedappppppnya...lauk kenduri kawin ni memang sedap betul ek. feel masa makan lauk pengantin dengan yang bukan lauk pengantin walaupun pun sama jenisnya tapi mesti lain rasanya. aura pengantin baru sampai ke makanan gamaknya.

anyway mamat comel cute bolat ni sudah berpunya ye, bukan bujangan lagi walaupun kelilingnya ramai lagi bujangan (^_*)

ai pun dah berpunya jugak walaupun ramai jugak dikelilingi dek bujangan lagi

Cuma sekarang ni ramai yang menamatkan zaman bujangan mereka di usia yang muda kan. alhamdulillah, sempatlah uolsss meramaikan lagi umat manusia di muka bumi ni. perkahwinan itu indah, jangan tunggu lama2 tau...

1 comment:

Kakzakie said...

Serba merah menyerlah Ann. Kakak pun sama almost every weekend ada saja wedding invitation.. puas makan:)