Monday, May 20, 2013

Family Trip to Kuching Sarawak

Bila dapat tau je anak buah dapat tawaran belajar di UNIMAS, terus mak2 sedara ni sibuk plan memacam aktiviti untuk nak menghantar sama. masa ni lah anak sedara rasa bangga sangat, ramai betul orang nak hantar dia kan. senyum je hari2 sampailah masa nak pegi tu. gigih dia carikan tiket flight untuk kami2 mak sedara ni, budget nak pegi sekalilah bagi penuh flight dengan anak cucu Hj Ishak je hiksss.

Saya pulak bukan senang nak plan2 ni...conflict dengan cuti laki bini biasanya. tapi kali ni dipermudahkan, senang je laki bini cuti serentak seminggu direct. sampai boss saya pun kutuk saya, katanya "dah besar2 macam ni pun nak jalan2 dengan keluarga ke"..."hahaha biasalah boss, use family account...full sponsored hiksss". terus boss tekan approve je, my hati that time is sooooooo happy. tapi since my flight tidak di confirmkan awal2 lagi, so kami terpaksa lain flight tapi harinya sama terbang. 

Saya, my laki dan seorang anak buah yang sama flight dengan reason yang samalah, cuti yang susah nak di confirmkan. kami naik flight sebelah petang around 430pm gitu. dari rumah nak ke LCCT, kami naik teksi je...tak perlu nak pening2 kepala senang baitu. best pulak teksi ni, ada free WiFi, jakun ko...ahkak tak pernah naik teksi ada free WiFi ni.

Tudung masa ni adalah buruk sangat dirasakan. tak sabar je rasanya nak sampai airport, nak tukar atur balik pakai seperti biasa.

Check in dah siap2 buat di rumah lagi. still ada masa lagi sebelum boarding time, lunch aka tea time dulu. saja simpan perut katanya, nak makan sedap2 malam ni hiksss. 
Cinnamon Roll RM7.70
Banana Choc Muffin RM8.10
Marble Cheese Cake RM12.10
 
Time di tunggu, kami naik AirAsia coz Firefly takde pegi Kuching huhuhu sedih. berharap sangat supaya Firefly pun ada penerbangan ke Kuching satu masa nanti. okay no choice naik je dengan harapan jangan ada apa2 masalah. saya selalu menghadapi bad experience dengan penerbangan ni...rasanya bukan setakat selalu tapi setiap kali :(
 
Apa yang diharapkan memang tak kesampaian, yang pasti mesti ada masalah punya. tolonglah baiki sikit system uolsss ni, tak guna crew2 yang cantik hensem tapi service macam tah apa2...mementanglah tambang murah, ramai je orang berebut nak naikkan tapi service kenalah UP sikit la (but i'm not paid for cheap ye, 1k++ jugak untuk pegi dah balik). stranded dalam flight sejam, lepas tu sejam lagi dekat landasan yang panas terik petangnya kemain perit di kulit. ada jugak drama swasta dekat sini...malas nak cerita.

Tahniahlah kepada korang yang tak pernah menghadapi masalah dengan penerbangan ni, tapi saya memang sentiasa kena...sedih la. my family dah called berkali sampai weolsss dah tak larat nak jawab called pun. sudahnya off je phone :(

6 comments:

deno said...

deno berat badan susha nak naik... selaly kena bebel dek dietition sbb kurang makan.. hehe

D_08 said...

Air Asia? stended..... tu tak campo lagi hidden cost deme tu..... errr... dah sampei Kuching takkan takde jalan2 kot???..... bende yang awok suke buat.....

Acik said...

Hahaha .. Ada ke org yg tak pernah ada problem dengan Air Asia?
Apa2pun, seronok bercuti, kan!

Myra Jay said...

Selalu dengar masalah dengan AA ni..
MJ baru sekali naik AA ke Kuching, alhamdulillah ok

Mimy Hamid said...

oo gi kuching...kamek gi sarawak ye..tak bgtau nak kirim kek lapis huhu

Mimie Najib said...

saya tak pernah naik flight lagi..so tak tahu sangat bnda2 camni.. ;)