Sunday, May 19, 2013

Hukum membaca ayat al-Quran di dalam tandas

Al-Quran dan Hadis - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 104 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Saya kerap mendengar kuliah-kuliah, ceramah dan menghafal ayat-ayat al-Quran. Masalah yang berlaku adalah saya kerap juga terbaca ataupun teringat-ingat ayat-ayat dalam hati mahupun terlafaz di mulut dengan tidak sengaja ketika berada di dalam tandas. Apakah hukum perbuatan saya itu?

Jawapan

Apa yang dilarang oleh sarjana Islam dalam kitab-kitab mereka adalah membaca al-Quran ataupun zikir-zikir di tempat yang tidak layak seperti tandas atau seumpamanya. Maksud membaca di sini adalah menyebutnya dengan lidah. Membaca dalam hati tidak dilarang. Begitu juga apabila perbuatan itu tidak disengajakan.
  

4 comments:

sarah said...

ok..kn ingat nih...

BUNDA a.k.a KN said...

terima kasih..sama2 kita berkongsi ilmu..

Azian Elias said...

tq for sharing..

Totie@Tomy said...

selalu jugak mcm nii.terima kasih kerana berkongsi ilmu...