Friday, May 24, 2013

Hukum merokok

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 106 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya mohon bertanya, apakah hukum merokok? Apa hukum sekiranya saya menghukum perbuatan merokok itu makruh, sedangkan saya tahu merokok itu membazirkan duit dan membahayakan kesihatan. Apakah itu dikira haram saya menghisap rokok?

Jawapan

Menurut pendapat mazhab Syafie, hukum menghisap rokok itu makruh. Apabila menghisap rokok itu diyakini boleh menyebabkan sakit, maka hukum makruh itu berubah kepada hukum haram.

Dari sudut pembaziran, ada dua hukum. Pembaziran yang melampau batas hukumnya adalah haram. Pembaziran kategori ini yang disebut dalam al-Quran sebagai saudara syaitan.

Pembaziran yang tidak melampaui batas adalah makruh hukumnya dan tidak termasuk saudara syaitan.

2 comments:

deno said...

ramai betul yg suka merokok walaupun dha tahu kesan buruk

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.suami tak merokok..