Friday, May 31, 2013

Meluruskan rambut (rebonding)

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 108 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Saya ingin bertanya mengenai rebonding rambut. Boleh ataupun tidak membuat rebonding untuk tatapan suami sahaja kerana setahu saya, mengubah ciptaan Allah tanpa sebab yang munasabah adalah berdosa. Bolehkah ustaz jelaskan?

Jawapan

Ada saujana Islam mengharuskan teknik rebonding ini dengan syarat hanya apabila suami yang menyuruh dan wajib ditutup rambutnya apabila berhadapan dengan lelaki bukan mahram. Keharusan ini adalah kerana pengubahan yang tidak bersifat kekal kerana rambut itu akan kembali menjadi keriting selepas beberapa lama.

Pengubahan yang bersifat kekal tanpa uzur syarie (uzur yang dibenarkan oleh syarak) seperti pembedahan plastik menambah kecantikan adalah haram sama sekali.

2 comments:

Azi said...

owh camtu.. sy mmg xrebonding sbb rambut sedia lurus...

Kesuma Angsana said...

gd sharing ni, tq