Saturday, May 18, 2013

Memperbaiki diri dengan al-Quran

Al-Quran dan Hadis - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 103 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Ustaz, bagaimana mahu menjadikan bacaan al-Quran yang dibacakan memberi kesan ke dalam hati, dapat meningkatkan kesabaran, ketakwaan dan kezuhudan diri?

Saya sentiasa membaca al-Quran dan mendalami ilmu tajwid bagi memahami maksud setiap ayat, namun masih tiada perubahan pada diri saya.

Jawapan

Sesiapa yang membaca al-Quran, maka dia mendapat pahala qiraah(membaca) sebagaimana yang disebut dalam beberapa hadis yang sahih. Namun, membaca sahaja tidak menjamin hidup yang selamat selagi tidak mengamalkan kandungannya. Oleh itu, amalkan apa yang disuruh dan jauhi larangan yang terkandung dalam al-Quran itu. Insya-Allah, terasa ada perubahan dalam diri. 

1 comment:

BUNDA a.k.a KN said...

InsyaAllah, kita sama2 perbaikki amalan kita..