Semalam hari cuti yang masih sama je rutinnya dengan hari2 cuti yang lain. hantar my laki pegi kerja walaupun hari pekerja tapi still kena keja. lepas tu si bininya mulakan activity spending setia di Aeon AU2. setiap bulan dapat voucher, memang akan bertambah setianya bini melaburkan ringgit untuk barangan kegunaan harian.
Sebelah malamnya sediakan dinner yang tak seberapa, cukuplah sekadar untuk dijadikan juadah sahur. buat salad je, salad fettucine with pesto genovese.
Rebus pasta fettucine sehingga lembut dan toskan. selepas tu masukkan dalam salad bowl, gaul rata bersama hirisan lada benggala hijau, merah dan kuning, hirisan bawang merah dan bawang putih dan tomato ceri yang dibelah dua. kemudian tuangkan sos pesto genovese dan gaul kesemuanya sehingga rata. lepas tu boleh hidangkan dengan ditambah parmeson cheese. senang bebenor gamaknya (*_*)v
Insha Allah semoga dipermudahkanlah segala amalan ku, semoga dapat saya dan laki menjalani ibadah puasa sunat dengan sempurna.
9 comments:
sedapnya...blom pernah masak fettucine..
sedap nampaknya
suka tomato ceri tu
simple dan sedap! kalau pasta saya lagi suka pasta noodle yg biasa atau pun macaroni..
nampak sedap. sy xreti masak western western ni. tekak org melayu... hihihi
walla wei mmg sedap ni !
Sedapnya.... Tak penah wat, sbb takde permintaan... Kalau spageti je jln.. lain2 semua memilih... Padahal bentuk je lain kan...
wahhh nampak sangat2 sedappp laa.. pandai u buat ye dear...
www.jaakechik.com
sedapnyer yerk.. akak tak penah buat lagi.. nampak mudahjer yerk..
senang jer.......nk cuba gaklh. Tq kongsi resepi ni :)
Post a Comment