Saturday, May 4, 2013

Orang Bukan Islam Memegang al-Quran

Al-Quran dan Hadis - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 100-101 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita. 

Soalan

Boleh ataupun tidak orang bukan Islam memegang dan membaca al-Quran?

Jawapan

Imam Nawawi berkata, haram bagi orang Islam membenarkan orang bukan Islam memegang al-Quran. Keadaan mereka yang berhadas dan tidak tahu hukum menghormati al-Quran. Wajib ke atas orang Islam mengambil al-Quran daripada tangan orang bukan Islam itu. Sekiranya tidak dilakukannya pada hal dia mampu berbuat demikian, maka hukumnya berdosa.

Allah berkata yang bermaksud:

"Tiada menyentuh al-Quran itu kecuali orang yang suci."

Manakala Imam al-Hakim merekodkan Nabi Muhammad berkata yang bermaksud:

"Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali orang yang suci."

Sekiranya orang bukan Islam itu membaca al-Quran tanpa memegangnya, maka tidak wajib dihalang melainkan sekiranya dibaca dengan salah ataupun mempermainkan bacaan itu.

(Rujukan Kitab At-Tibyan Fi Hamalatil Quran)

1 comment:

☻UsaGi NaNa☻ said...

siapa lah yang berbuat demikian kan