Tuesday, May 7, 2013

Pengalaman mengundi

Ini adalah pengalaman pertama saya sebagai pengundi. sepatutnya 2008 yang lepas saya boleh mengundi tapi waktu tu baru je daftar, lambat daftarnya. semangat jugaklah nak balik mengundi kan, saya mengundi di Rahang, Seremban dan my laki dekat Jalan Ampang, KL. 

Sehari sebelum hari mengundi, kami balik kampung di Jelebu. nak jugaklah tengok suasana kampung macam mana pulak, but memang boleh tahan meriahnya. dengan isi rumah kami yang sentiasa mengusik my makpakcik yang tegar tu hiksss, sajalah kami nak bagi orang tua tu bercerita kisah2 zaman jepun mereka la. kalau my arwah ayah ada, lagilah dia bercerita bagaimana susahnya hidup di zaman jepun dulu. yes...arwah ayah saya dengan adik beradiknya yang lain telah lahir masa zaman jepun menjajah tanah melayu lagi. memang merasa sangat hidup di zaman sebelum merdeka. selalu je dia cakap kami anak beranak ni beruntung hidup zaman dah senang, serba moden...tak merasa makan ubi kayu, menyorok dalam tikar mengkuang...takut jepun bunuh setiap hari. takpe kita tutup cerita lamaaaaaaaaa ni ye.

Masa hari mengundi tu sendiri, memang saya dah plan tak mo pegilah pepagi beratur panjang2. my makcik pun pegi dalam 11++am jugak tapi takpe, warga tua ni dapat keistimewaan lebih. hantar my makpakcik pegi mengundi dekat dengan rumah, ada je kereta yang nak menjemput mereka tu tapi mereka nak saya hantar jugak. kawasan sekolah tu agak membukit, masa pegi tu my makcik tak nak naik wheelchair...pimpin ni saya hantar sampai atas tu, tapi masa dah selesai mengundi, baru dia nak naik wheelchair...dah tak larat nak jalan katanya. sekejab je, tak sampai 5mins pun.

Lepas makan tengah hari, saya pulak nak pulang ke Seremban untuk tunaikan tanggungjawab. saya duduk memang dalam kawasan yang majority Cina sahaja yang tinggal. tempat saya mengundi pun dekat Sek Keb Jenis Cina, Kg Baru Rahang. masa saya sampai 3pm untuk daftar pengundi, kakak tu siap cakap saya orang melayu ke dua yang mengundi di kawasan tu.

"Duduk dekat sini ke?!!" tanya kakak tu.

"Haah."

"Takde melayu ek dekat sini" tanya kakak tu lagi.

"Kamilah melayu tunggal dekat sini." hiksss

Okay dapat no bilik, terus pegi bilik tu, cat jari bukti dah mengundi dan buang undi. YES saya dah menjalankan tanggungjawab saya sebagai pengundi. apa yang saya undi, bak kata CT Nurhaliza...Biarlah Rahsia, saya tak pro mana2 bahagian pun. janji yang menang tu nanti, sila jalankan tanggungjawab dengan jujur dan amanah...tajamkan sifat tanggungjawab kepada masyarakat jugak ye.

Settle tempat saya, tak lenggah kami terus balik KL untuk my laki mengundi pulak. highway memang lancar walaupun banyak jugak kenderaan. kami sampai Jalan Ampang 4pm, terus my laki pulak tunaikan tanggungjawab dia. pun sekejab je, dah tak ramai orang sebelah petang tu...parking pun depan Zuck je. dengarnya sebelah pagi tu kemain panjang Q, maklumlah kawasan parlimen Titiwangsa. YES my laki pun dah menjalankan tanggungjawabnya. inshaAllah umur panjang, kita jumpa lagi 5 tahun. 

Takde apa kejadian yang pelik dan tak pelik terjadi...aman damai je, yes ai suka. lepas tu terus ke balik rumah...tunggu keputusan pulak sebelah malamnya.
  
since tak keluar kemana2 sebelah malamnya, saya buat salad je...makan bersama
 
mushroom bruschetta, fresh toast tu saya tak grill...suka yang lembut2 je

Gigih ni tengok keputusan sampai 3am sambil dalam hati pun berharap dapatlah cuti hari Isnin tu kan...tapi nan adonya. 

4 comments:

Unknown said...

ok.. bruschetta tu nampak sedap.. tapi kalau saya, suka yg grill sikit. bagi rangup. sbb kalau yg lembut tu ada liat sikit.. bebudak pun kurang suka..

Anonymous said...

makan2 mesti ada yer hehehe

Jajas said...

ni kali ke 2 ngundi...cukup je umo 2008 trus ngundi...time nak ngundi mcm2 pesen org kita dpt tgok...

Ayu said...

akak pun suka bruschetta tu rangup2 sikit ..tengok menu Ann ni..kecur pulak ler..hehe belum makan malam lagi ni..