Wednesday, May 29, 2013

Pengalaman naik bot aka sampan

Selepas selamat sampai di Lapangan Terbang Kuching, terus je ambik teksi ke hotel. charge yang dikenakan dari airport to hotel RM34 sahaja. tak sabar ni nak rebahkan badan walau sekejab cuma...penat betul dengan pancaroba nak naik flight sebelum tu. my family yang lain kan dah sampai lebih awal, terus je kami terjah bilik. 

Rehat adalah 15mins sebab dah dinner time. okaylah saya pun perut masih lapar lagi, tak cukup ko makan nasi ayam di awan biru. 
 
Tempat makan tak jauh mane, cuma kena naik bot je untuk menyeberang sungai...memang best pengalaman ni. tambang adalah sangattttttt murah, RM0.50 untuk seorang. dari hotel cuma berjalan kaki je untuk nak ke jeti bot ni, senang cerita belakang hotel je. safety jacket ada disediakan tapi tak pulak pendayung bot tu suruh pakai. dekat sangat, by the time pakai, bot pun dah sampai ke seberang.

Tu abang baru biru jadi guidance kami sekeluarga. dialah tukang pegang paut tangan masa nak melangkah masuk dan keluar bot ni. bot keciklah katanya, bergoyang macam nak terbalik pun ada hiksss.
 
Itulah rupa pengangkutan air rasmi di Kuching. yang terang benderang tu semuanya adalah kawasan waterfront, memang meriah setiap malam.
 
Main terjah je pegi tempat makan ni. base from my sista, dia nampak tempat makan ni dari tingkap bilik hotel kami. since dah malam + baru je sampai kan, malas nak cari makan jauh...kami pegi je mana yang dekat dengan hotel. so far tak mengecewakan kami, dengan perjalanan naik bot yang best dan dapat makan best jugak. gambo atas tu namanya sotong kutuk, menarik terus je order. sekali sampai dekat meja, rupanya sotong ketuk cecah sambal kicap...kalau dekat Perak tu biasanya tabur dengan gula.
 
Manja yang dah pun menjadi penduduk sementara Kuching. makanya kami sekeluarga pun rajin jugak ke Kuching dalam 4-6 tahun akan datang ni demi nak tengok anak kesayangan ni hiksss.
 
Malaysia kan tengah panas sekarang ni, haruslah ada ABC dalam menu dinner kami semua...sedap menyegarkan (*_*)v

2 comments:

ZazaMyMoon said...

alamakk bestnya naik boat ala2 sampan.. tambang muroh gilos.. hehehe

Mrs. Amad said...

yiieee..best..best..sy dlu hunymun kat kuching.sehari mau 3,4 kali nek sampan tu nk ke seberang.rindunye kuching..best kan kat sane..tp kan sy dlu nek taxi(innova) dr airport ke hotel (duk Hotel tunes je depan sungai tu) bayaran RM9.90 je.last month mak abah sy pegi,pun rate yg same taw.