Friday, May 3, 2013

Surprise yang tak menjadi

Ada tapi tak banyaklah, saya bukannya suka sangat pun nak buat surprise2 ni dan begitu jugak sebaliknya. my laki kalau nak buat sesuatu memang dia akan cakap je dulu, samalah tu tak suka surprise jugak...tapi kalau ada yang nak buat jugak, pasti tak menolah la ahaksss.

Pernah cuba untuk buat surprise dolu2 cerita la, tapi dah ada banyak bunyi di belakangnya...terus tak payah nak cerita panjang saya batalkan aja. tulah yang menjadikan saya tak suka buat surprise ni...belakang cerita kita balik yang sakit hati jiwa kepala.

Semalam kan saya berpuasa laki bini, balik dari tempat keja lepas solat magrib dengan berbukakan seteguk air mineral je. terus pecut pegi Bandar Baru Bangi untuk nak makan steamboat dekat sana. on the way tu bantainya hujan lebat, oh sangkut di jalanan. surprise, banyak kereta yang masuk highway, dah ramai yang balik kampung kot untuk mengundi weekend ni. al maklumlah suasana nak mengundi bagai nak menyambut raya gamaknya.
 
Harga untuk dewasa adalah RM25 dan kanak2 RM12 sekepala. pilihan kuah untuk sup adalah clear sup dan tomyam, kami pilih tomyam.
 
Dekat sini bukan setakat steamboat saja tapi grill pun ada. saya memang suka grill nak compare steamboat, so memang sedaplah. 
 
Variety makanan adalah macam2, sama standard dengan kedai2 steamboat & grill yang lain. minuman pun ada jugak, boleh refill. concept makan pun sama, eat all u can...tapi jangan membazir. RM10 akan dikenakan pada 100 gram makanan yang tak abis ye, so jangan tamak haloba. 
 
Pelanggan ramai sangat, terpaksa duduk dekat luar kedai...mujur je hujan dah berhenti. makan secara santai aman damai ditiup angin sepoi2 hiksss. kalau duduk dalam kedai, oh haiiiiiiii berkuap rasanya.
 
Perut kosong dan penuh berisi, oh nikmat duniawi betul hari ni. korang nak cuba, nah ambik alamat ni:
 
Restoran Steamboat Antarabangsa
10G-1 Jln Medan Pusat Bandar 4A
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
4 Petang - 12 Malam

GPS : 2.960356,101.755901

9 comments:

pizet said...

suka gak kedai all you can eat ni, puas hati mkn

Zee Suhaini said...

woww steamboat..

Cho Zila said...

kena mencubani.. tapi tuler jauh benoler bbbtu...

cik marikh said...

steamboatttt~

dokat ajo dgn romah haaaa
peginya pon tak pernah lagi

hehehehee

are_lin@yu said...

wahh sdapnya mkn steamboat..;-)

Kesuma Angsana said...

ok akan dicuba nanti !

fadh leyanie said...

berbaloi la satu kepala RM 25, :P

Azi said...

bagus jugak diorg buat byrn bg mknnn yg xhabis tu.. membazir saudara syaitan.. hihi

Ibuhani said...

K.ani jarang bersteamboat kt kedai. lbh suka bersteamboat kt umah dgn anak2....oh.....ann duk sekitar bangi ke!?