Monday, June 24, 2013

Again Topsport Kuching

Sambung lagi citer Kuching ni;

Untuk malam yang ke dua kalinya pegi ke tempat makan yang sama tapi kali ni cuba dekat gerai lain pulak. nak jugak mencuba dekat gerai no 25 tu, yang femes diperkatakan tu. 
air kelapa muda, sedap ko pepanas ni

air suam kena ada
Midin goreng belacan, macam saya war2kan sebelum ni, kalau datang Kuching mesti order sayur ni, wajib tau. sedap ko...
limau kasturi asam boi

Dekat kedai ni saya rasa harganya agak mahal kalau nak compare dengan kedai yang saya datang sebelumnya. quantity makanan dalam pinggan pun tak sebanyak kedai yang sebelum tu jugak. pokoknya semuanya kurang la dari kedai yang sebelumnya. kalau diberi pilihan lagi, saya akan pilih kedai yang saya pergi pertama kali tu.
Shark fin ni memang ermmmm, sedap pulak tu. 
 
Menu utama, kali ni pilih untuk makan ketam pulak instead of lobster. ambik 3 ekor tapi nak habiskan adalah hazab, banyak betul isinya. 
 
Yang rasa agak lain adalah tomyam seafood ni la, maybe unsur2 masakan tak berapa kuat dekat sini so tomyam tu tak memenuhi citarasa thai yang sebenar. yang pasti at the end kuah je yang penuh lagi tapi isi perutnya licin nyahhhhh
 
Umai ni sedap, sekali rasa terus nak order berulang2 lagi. kali ni kami cuba umai udang pulak, well masih sedapppp lagi.
kerang ni OUT la, dah lupa pulak macam apa ni
 
Walaupun dari segi rasa dan quantity agak berbeza dari kedai melayu yang kami pergi pertama kali tu, kedai ni masih lagi memberikan tahap kekenyangan ala ular sawa. kena duduk lagi 15mins baru boleh bangun dan jalan2.
 
contohnya budak ini, tamak ko sampai 3 biji kelapa dia balun sorang2 hiksss

11 comments:

Miss Volvo said...

oh midin fav tu kat sabah pun banyak :D

Mizz ErMa said...

sedapnye ketam tu..bila la nak merasa p kuching nih..heheeh

Azi said...

sedapnya nampak makanan2 ni, terliur... air limau asam boi tu xpenah minum, teringin nak rasa...

Safinatunnajah Ahmadi said...

makan mee kolok dan laksa sarawak tak? masa saya ke sana..hari-hari kawan saya rekemen mee kolok..sampai jemu..huhuhu

~ayusleeping~ said...

bila la nk dpt pegi sbh.. ^_~

Kesuma Angsana said...

wah tgk menu pun dah rasa terliur sudah hehehe

Kakcik said...

Kakcik suka makan sayur midin tu. :)

azman said...

jauhnya nak pergi kuching.. perut dah lapor nih.. alahai pergi mamak ajelah jawabnya

wantie said...

Midin tu mcm pucuk paku. sama ke pucuk paku dengan midin?

zila said...

topsport mmg kaya dengan seafood. Saya dulu pergi terkejut tgk orang ramai giler..sayur yg tu mmg wajib dan terbaik pulak tu :)

Ash Give said...

Sedapnya tengok maknan2 ni semua..shrak fin tu tak pena rasa lagi..