Monday, June 3, 2013

Dine @ Bumbu Desa

Jumaat lepas adalah hari public holiday saya dan my laki, memang bestlah lepak di rumah sambil orang lain sibuk di tempat kerja hiksss. terima kasih kerana b/forward cuti Sabtu ke Jumaat. plan asal nak bercuti ke Ipoh sambil attend wedding di sana on Saturday tapi tak jadi. my laki kerja on Sunday dan adalah tidak berapa nak seronok cuti 2D1N only. we decided to lepak2 di rumah sahaja sambil menikmati segala yang special jatuh on 31st setiap bulan tu.
 
Petang tu kami ke Mid Valley, tempat pertama di terjah adalah ke Buskin Robin...maklumlah katanya 31 kan. selepas makan 1/2 baldi icecream, kita pusing2 MV dulu...bagi aura shopping mari dan bagi perut lapang lepas sentak dengan icecream.

Lepas solat magrib, kami terus dinner je di sini, Bumbu Desa. masa kami datang, adalah satu couple sedang makan dan kami adalah couple yang ke 2 dalam resto ni. terasa macam tempat ni ana yang punya, buat macam kedai sendiri je.
 
My laki dok ralit tengok patung2 yang banyak dekat dalam resto ni sambil mulut tu tak berhenti berkata "u jangan nak simpan patung2 macam ni dalam rumah ek". memang taklah kan, tengok rupanya pun buat mak takut ko.
 
Cantik gulungan kain belakang tu...
 
Our air, Coffee Milk RM6.90 dan Soda Gembira RM7.90. meh tengok apa makanan yang kami order pulak.
 
Gado Gado RM7.90. ini memang my fav dan my laki, letak je dekat meja terus suap tak berhenti sampai menu lain tiba.
 
Menu utama adalah Nasi Putih semangkuk ni, RM6 untuk 3 orang makan walaupun pemakannya hanya 2 je.
 
Gulai Daun Singkong RM6.90, ini wajib ado...walaupun kuahnya macam tak cukup santan hiksss. tekak anak nogori, memang suka berlemaks ni.
 
1/2 Ayam Bekakak RM18.90, kalau namanya ayam berkokok kan lebih sedap. mulanya saya nak ambik ayam cabai ijo tu tapi my laki kata nak cuba menu ni pulak. resultnya, ayam yang lembut tapi rasa adalah agak manis. tekak melayu ku tak berapa nak IN dengan rasa macam tu. terus mintak sambal hijau bagi rasa padas sikit.
 
Tempe Mendoan RM5.90
 
Paru Tusok untuk 3 set RM23.70. sedap garing tapi tak sesuai untuk orang tua ye, bila dah garing tentulah keras...kesian nanti tak dapat kunyah pulak.
 
At the end memang tinggal kami je customer dalam kedai ni...takde gamaknya orang nak makan di sini ye. saya minat betul tengok lampu dekat belakang saya tu, cantik pulak rupanya...macam kelopak bunga nak kembang je.
 
Alhamdulillah, kenyang perut...syukur dengan nikmat makan hari tu. lauk pauk itu semua sudah dimasak, jadi tinggal panaskan aja menu yang diorder...cepat penuh makanan atas meja.
 
Nak merasa makanan kekampungan ala padang dan sunda, meh datang ke Bumbu Desa ni. kami adalah pemegang member card Bumbu Desa, dapatlah dis 10% yang menjadikan total semuanya adalah RM94 included service charge dan tax sekalian.

5 comments:

Miss Volvo said...

daun singkong tu pucuk ubi eh?

Kesuma Angsana said...

wah menarik juga menu2 ni

~aYu~ said...

oo.. ni makan sunda yer.. leh gak nak try ni. ayam bekakak tu nampak sedap. gulai daun singkong tu macam lemak pucuk upi je..

aniswany said...

AYAM BEKAKAK TU NAMPAK SEDAP !
TELIUR TGK

BUNDA a.k.a KN said...

assalamualaikum,

salam ukhuwah..bunda singgah jamu selera..