Tuesday, June 18, 2013

Dinner @ TopSpot FoodCourt Kuching

Malam ke 2, kami beramai2 pegi makan di TopSpot FoodCourt, walking distance je dari hotel. masa ni memang dah excited gila kinzir ko nak menikmati lobster yang besar2 tu, keterujaan menguasai segala pancaindera gamaknya. 

Food court ni mula beroperasi dari 6pm hingga 12midnite. kawasannya pulak adalah di bangunan tempat letak kereta, dekat level 6 kalau tak salah foodcourt ni.
 
my BIL sibuk jugak nak bergambar dekat tugu kucing tu
 
Datang sini memang banyak hidangan seafood, nak kata our transporter...syurga seafood. okay boleh diterima la. my anak buah yang join sekali dalam trip ni adalah seorang yang allergic pada seafood tapi bila dekat sini, tetiba je allergic hilang, tak bengkak2 pun satu badan. untuk kali pertama kami mencemar duli datang ke sini, kedai pilihan kami adalah milik melayu...kedainya adalah sebelah tepi sekali dekat dengan lift. dekat sini kebanyakan pemilik kedai adalah cina ye. 
 
Ini namanya pansoh, ayam yang dimasak dalam batang buluh tapi percayalah buluh tu ala pinggan je...masaknya dah tentu dalam periuk kan. menu ni kureng diterima oleh tekak kami dan itulah percubaan kami...tak order da pada hari2 berikutnya.
 
antara air yang kami order
 
Nak jugak order sotong goreng tepung ni walaupun bersepah je ada dekat semenanjung tu, well sedap jugak. 
 
Sayur ni harus order ye bila datang ke Kuching ni, namanya midin aka pucuk paku kalau dekat Semenanjung. sedap, cantik je kecik2 batangnya lembut. pendek kata sepanjang kami di Kuching, sayur midin ni tak pernah dilupakan setiap kali waktu makan.
 
Braised beancurd sup ni adalah untuk my sista coz dia tak berapa boleh makan pedas. seyes sedapppppppppp rasa macam makan sharkfind pun ye jugak.
 
umai udang ala kerabu kalau dekat semenanjung, sedappppppppppp
 
Ikan jenahak 3 rasa, memang besar ikan ni tapi masa pilih kira ikan ni adalah yang kecik di kalangan yang lagi besar2 dari itu. mujur kami semua ramai dan berselera pirana pada daging ikan yang sangat fresh ni.
 
lobster ni kami ambik 2 ekor je, resultnya penuh sepinggan besar...sedap sedap sedapppppppp
 
Yang lebih besar isi dari pinggan ni namanya oyster pancake, ala2 telur dadar tapi yang ni garing. yang inilah confirm kami bungkus sebab nak perabih tu bagai nak tunggu kucing bertelur. menu ni datang paling akhir selepas kami semua mula makan. telur ni sedap di makan masa panas2 je, bila dah sejuk tekak pun cepat rasa kembang.
 
Fine, memang waktu ni ahkak dah tersandar dek kekeyangan. itu pun ada lauk yang tak habis, terus tapau bawak balik hotel. bayar mahal2 takkan nak buang je kan, membazir amalan syaitan...ingat tu. 
 
Nah address untuk tempat makan ni;

Topspot Foodcourt
Jalan Bukit Mata Kuching
Kuching, Sarawak

5 comments:

Aine Ainun said...

p sarawak ye..
bestnya jalan2 tmt org pula..=)

dapatla makan menu arawak kan..=)

ZazaMyMoon said...

Pansoh tu sangat rare.. pernah tgk dlm tv cara masak dlm buluh tu..
tapi mcm tak bleh terima tekak je hehe

ieda immi said...

wahh menarik pansoh tuu
1st time tgk nie dik ;)

Ujie said...

Byk gak lauk yg tak penah tengok.
Bila jenjalan gini, harus try mcm2 walau mungkin termembazir dek tak kena selera.

nuyui a.k.a miss YUI said...

pergh..sedapnya tgk..