Thursday, June 13, 2013

Grand Margherita Kuching Hotel

Alhamdulillah hari ni dah 5 hari saya puasa dan selama ni jugaklah malamnya awal bebenor masuk tido. balik keja tu uihhhhhhhh bagai nak terkeluar masuk balik biji mata ni menahan ngantuk sambil memandu balik. dalam hati masa tu dah berkata, kalaulah my laki datang ambik kan bestttttttttttttt. tapi jangan berangan la, laki mak tak layan ambik jemput bininya ni huksss.

Meh kita sambung balik citer Kuching yang tak tau bila tahunnya nak habis. kali ni nak review sikit pasal hotel, gambo ni semua adalah pada hari ke dua. hari pertama takmo ambik gambo sebab bilik dah sikit lagi nak sama macam bilik budak remaja belasan tahun...sepah sana sini, almaklumlah ahkak ni share bilik dengan gegirls yang lain.

Memang requested twin bed, kata gegirl2 dalam bilik ni. dah tentu bukan sorang dan bukan berdua tapi berempat selepas Manja selamat masuk UNIMAS. mujur semua badan selim melim, so takde kejadian jatuh katil di malamnya. bilik jantansss jugak yang best sebab diorang bertiga je tapi asyik meronggeng masuk bilik gegirls mintak kopi + tumpang toilet.

Toilet yang bersih. takde daki2 tepi sinki or bathtub tu. jangan pelik, ahkak memang check celah2 tu semua. tak bersih kalu, mau ku panggil housekeeping datang sental bagi bersih lagi.  we pay for that room + toilet tu kan.

Bathtub tulah setiap malam ahkak, berenang2 ala dugung di kala semua manusia di buai mimpi. 

Flat screen tv, besor gabok. yang bestnya hotel ni sebab lokasinya yang strategik. depan hotel ni terbina tugu kucing yang menjadi kebanggaan tu. jalan sikit beberapa langkah dah sampai waterfront yang femes tu. melintas 2 jalan raya dah sampai topspot yang hevoc tu. ah memang tak sia2 my lovely Manja tu mensurvey pasal Kuching ni, mudah mak2pak2nya nak meronggeng. 

Ini adalah borongan masa rombongan Hj Ishak ke Sarikin, salak madu. seplastik kecik sikit dari ni dah tinggalkan untuk Manja, dia memang suka buah ni. makan buah salak sambil mengadap Sg. Sarawak memang ohsem. maklumlah bilik ni pun viewnya mengadap Sg. Sarawak.

Tugu kucing ni depan hotel je, lintas jalan dah sampai kucing ni. masa ni ahkak dengan anak buah nak pegi mencari mall sambil saja survey apa2 yang menarik untuk di angkut rombongan yang lain.

malu2 kucing hiksss

Ingat pegi mencari mall tu untuk sesaja ke, idaklah begitu. ada hala tujunya. 

Masa pegi tu kemain lagi eksen, tak nak bawak selipar. kononnya boleh tahanlah dengan kasut heel seinci ni. buatnya masa pegi Sarikin tu, dengan panas berdenting berpeluh kaki terus naik melecet sudah. akhirnya ahkak kalah...

Mencari jugak selipar ala jepun tapi it's cost me more than RM30 sepasang. tengok je dah taukan untuk ahkak kalor apa hiksss. yang selebih tu untuk my anak buah dan mak buah. lepas borong selipar, pegi pulak cari kopi. as usual kami kalau travel memang bekal 3 in 1, 4 in 1 melambak.

3 comments:

xila xotmy said...

buah salakkkkkkkk dulu bpk selalu borong sana dgn mknn berasaskn lada hitam huhu

ieja amieja said...

bak skit buah salak tu...

QasehnyaRania said...

berguna info.sbb cadang2 nk ke kuching tp ntah bila. hihi

terubuk masin tak da ke kak.