Saturday, June 15, 2013

Hukum bayar wang pinjaman ceti

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 115-116 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apakah hukum duit yang diperolehi daripada menang nombor ekor digunakan bagi membayar hutang ceti?

Jawapan

Hukum menggunakan wang haram bagi membayar hutang adalah haram walaupun hutang itu haram seperti hutang ceti.

Di sini berlaku tiga dosa iaitu berjudi, berhutang dengan riba (bunga), dan membayar hutang dengan wang haram.