Sunday, June 2, 2013

Hukum bekerja di kilang percetakan akhbar

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 111 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apakah hukum bekerja di kilang percetakan akhbar yang mencetak iklan minuman keras (arak).

Jawapan

Allah menyatakan yang bermaksud,

"Dan jangan kamu memberi pertolongan dalam perkara dosa dan permusuhan."

Sarjana Islam menjelaskan ayat di atas adalah haram melibatkan diri dalam suatu pekerjaan yang memberi pertolongan dalam perkara-perkara dosa dan maksiat.

Sekiranya dalam surat khabar itu ada menyiarkan iklan arak ataupun, judi, maka sesiapa yang menolong dalam kerja-kerja mencetaknya adalah dikira sebagai bersubahat.