Sunday, June 23, 2013

Hukum bunuh cicak

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 120-121 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan
 
Apakah hukum membunuh cicak pada malam Jumaat? Mohon ustaz perincikan hukum ini beserta hadis. Sesetengah orang mengatakan perbuatan itu mendapat pahala dan ada pula yang mengatakan tidak ada hadis yang membolehkan bunuh cicak pada malam Jumaat akan mendapat pahala. Malah, perbuatan itu menzalimi binatang.

Jawapan

Banyak hadis berkenaan hukum membunuh cicak, antaranya:

"Sesungguhnya nabi menyuruhnya membunuh cicak."
(Direkodkan oleh Muslim daripada Ummu Syarik)

"Sesungguhnya nabi menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiq (pembunuh kecil)."
(Direkodkan oleh Muslim daripada Amir bin Saad daripada ayahnya)

"Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, dituliskan untuknya 100 kebajikan. Membunuhnya dengan 2 kali pukulan, dituliskan untuknya kebajikan kurang daripada yang pertama dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikan kurang daripada yang kedua."
Dilaporkan oleh Abi Hurairah dalam Sahih Muslim dalam Kitab Qatlul Haiyyat)

Ibnu Kathir merekodkan dalam kitabnya, Al-Bidayah Wa Nihayah, nabi menyuruh membunuh cicak kerana kisah Nabi Ibrahim. Sewaktu Nabi Ibrahim dibakar, semua binatang cuba memadamkan api kecuali cicak menghembus bagi memarakkan lagi api itu.

Hadis di atas menjelaskan hukum membunuh cicak adalah sunat. Namun, ia tidak dikaitkan dengan hari Jumaat ataupun mana-mana hari.

10 comments:

hana hadi said...

kesian plak nak bunuh cicak. tapi haa bagi kucing tangkap n main cicak

azieazah said...

Dulu kat kampung ada sorang budak lelaki yang sejak kecik suka benor tangkap cicak. Tembak cicak guna lastik dan sebagainya. Dia langsung tak takut cicak tapi cicak yang takut dia.

iamHANIS said...

mak suka sgt bunuh cicak..kami semua pggl mak lizard hunter :p ekeke

Kesuma Angsana said...

tq share info ni ye !

ieja amieja said...

tq share info..jgn kan kata nak bunuh cicak..pandang pun dah geli..senangnya nk dpt pahala w/p dgn membunuh cicak ajekan,..

Mizz ErMa said...

kiranya cicak nih binatang jahat lah yer walaupun x membahayakan macam sesetengah binatang yang lain..

Abe Kie said...

salam. cicak ni jahat. abis tahinya bertaburan di atas lantai. sampaikan dulu bila nak solat terpijak tahi cicak atas sejadah...
P.S. done follow here.

With Julia said...

Alamak x pernah nk pukul cicak...juast halau jerk...serius rasa kesian heheh

Azi said...

xpernah bunuh cicak, mcm payah jer

wantie said...

ini kes salah dengar kot. Kami kecik kecik dulu kalau jumpa cicak suka hempas ke lantai. sekali hempas terus kojol cicak tu kira dapat 100 kebajikan.

ooo.. sekarang baru tau. sekali pukul da.. bukan sekali hempas.

jenuh la dodulu duk hempas ke lantai. lambat benor cicak tu nak mati. kalau pukul sekali terus kojol. hahaha