Saturday, June 8, 2013

Hukum memakai (braces) gigi

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 112 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apakah hukumnya memakai (braces) bagi mencantikkan gigi?

Jawapan

Ada sarjana fikah mengharuskan memakainya sekiranya alat itu dipakai dengan tujuan membetulkan kecacatan gigi seperti gigi yang tidak rata ataupun terlebih keluar dan tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.

Tetapi, sekiranya memakai alat itu dengan tujuan menambahkan lagi kecantikan gigi yang sedia elok, maka hukumnya adalah dilarang sebagaimana yang disebut oleh beberapa orang sarjana Islam tersohor.

4 comments:

LaLa mhdnor said...

betul tu, kalau gigi dah elok tapi still nak pakai braces memang x boleh.

hana hadi said...

tengah buat kira2 untuk guna benda alah ni. huhu mahal.. yang gigi elok tu buat apa la buat braces membazir je. duit tu bleh beli baju

anis abdullah said...

gigi aku tak cun ok.. ada tak hukum pasal crowning

wantie said...

setuju... kalau gigi dah jongang pas tu orang dok ejek halimah jongang or hantu gigi bagai. rasanya perlu la pakai.

sekarang menda alah ni bukannya murah. utk pelajar sekolah je pun paling murah RM700.00