Saturday, June 1, 2013

Hukum wanita memakai wangian

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 109-110 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Apakah hukumnya wanita memakai wangian?

Jawapan

Masalah wanita memakai wangian itu ada beberapa hukum:

Apabila mahu keluar rumah, pakai wangian yang tidak kuat baunya (wangian yang tidak dapat dihidu oleh orang ramai). Melainkan apabila dihidu pada tempat yang diletakkan wangian itu baru dapat dihidu baunya.

Wangian yang kuat sehingga orang sekelilingnya dengan hanya lalu sahaja dihadapannya dapat mencium wangian itu, maka hukumnya adalah haram.

Apabila dipakai di dalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yang kuat baunya. Sekiranya suaminya yang menyuruh, maka wajib si isteri memakai wangian itu.  

 

1 comment:

Kesuma Angsana said...

tq share this yer. Maaf lambat terjah busy dgn mcm2 hal skang ni