Thursday, June 20, 2013

Kek lapis ke terubuk masin

Hari ke 3 kami di Kuching, masih bersarapan di tempat yang sama. mana lagi kalau tak dekat hotel, dah dapat free walaupun untuk 2 kepala setiap bilik tapi alhamdulillah kami sekeluarga semuanya dapat masuk secara free tanpa perlu membayar kepala yang entra tu hiksss. 
 
Sila percaya, ini adalah sarapan pagi untuk saya...huhuhu. nampak macam alahaiii tapi i tell u, kenyang ni. selepas ini kami semua nak menjejak kasih di tempat favorite tekak pulak, nak mencari kek lapis sarawak yang meletop2 tu.
 
Naik bot sampan besar tu ke seberang sungai, lalu terus menuju ke Kampung Gersik. dolu2 masa kecik2 saya suka mengajuk2 orang boyan, sekarang saya nampak nama Kampung Boyan pulak.
 
Tempat yang nak dituju pun dah sampai, cuma berjalan kaki saja dari jeti ke Dayang Salhah Kek Lapis ni. 

Masuk je kedai, terus terpandang tester kek2 lapis yang ada di atas meja. rasa dulu setiap potongan kek tu, kalau sedap berkenan di hati barulah beli mengikut nama setiap tester kek yang digemari. dari kek lapis pelbagai rasa warna dan rupa sehinggakan kek lapis cheese nya memang sedap betul...my fav is lapis cadbury cheese. apa lagi terus masuk bakul sekali 10 ketul semua yang berunsur cheese belaka. 
 
Yang bestnya dekat Dayang Salhah Kek Lapis ni, kita boleh request pekerja di situ bungkus masuk kotak. memang cantiklah balutannya siap pemegangnya sekali. ada juga saya nampak frame2 gambo retis2 yang pernah datang shopping kek lapis di sini.
 
Sebelum pegi ke Dayang Salhah Kek Lapis, kami dah nampak satu lagi kedai kek lapis yang fames jugak ni tapi beri laluan dulu ke Dayang Salhah. tapi bila dah selesai di sana, kami bermudik ke kedai Mira Cake House ni pulak. kedai ni yang baru, kedai yang lama pun tak jauh dari kedai baru ni. 

Sama macam sebelumnya, dalam kedai ni jugak ada disediakan tester untuk setiap kek lapis yang di jual. naik kenyang ko asyik mencuba je sampai dah tak tau nak nak beza rasa sudahnya. kalau tang namanya pulak, ohaiiiiiiiiiii lagilah glamor weh...nama2 retis fofular pun ada. jangan di tanya apa nama2 kek yang saya beli, memang tak ingat namanya.

Dekat Mira Cake House ni saya borong lagi 10 ketul kek lapis biasa takde cheese, masuk kotak...dah ada 2 kotak berisi kek. 
 
Dari pagi sampai ke tengah hari kami memborong kek lapis, terus bengkak jari jemari kaki mak nyahhhhhhh. dah namanya bersama keluarga, semuanya sama je kuat berjalan menebeng lama2 dalam setiap kedai sampai tepu kaki berdiri.

Lepas selesai edisi kek lapis, terus pulak mencari lagi buruan seterusnya. kali ni nak mencari terubuk ikan masin. oh lupa, ahkak ni pegi dengan ahkak yang lagi dewa dari ahkak ni. kalau boleh sampai petang pun diorang ni sanggup berjalan. tak jauh dari Mira Cake House ni ada deretan gerai2 yang menjual terubuk ikan masin. pilih je uolsss nak singgah gerai yang mana satu. ikan pun boleh pilih, nak yang besar ke kecik ke semuanya ada. dekat sini yang order banyak, coz saya peminat ikan terubuk masin. saya ambik yang kecik 10 ekor dengan yang besar 5 ekor. bukannya untuk makan sendiri saja tu tapi nak diberi pada yang berkenaan jugak.

Konsep ordernya senang je, bagi tau dekat peniaga gerai tu bila korang nak ikan tu. macam saya, saya order berapa yang saya mahu dan mintak peniaga tu hantar ke hotel keesokan harinya which is hari terakhir sebelum balik ke semenanjung. jadinya peniaga tu akan buatkan terubuk yang baru untuk saya, dan siap di masukkan ke dalam kotak dan seal kemas + hantar sehingga ke hotel tempat saya menginap. saya hanya perlu ambik di lobi hotel sahaja sambil bayar order tersebut, senang kan.

Alhamdulillah tiada penipuan berlaku kerana order kami sekeluarga adalah tepat semuanya.   

3 comments:

ieja amieja said...

seronoknya dpt memborong kek lapis ngan ikan masin tu ye..saya selalu nya adik ipar yg rajin bagi bila ke sarawak..begitu jg dgn terubuk masin..kdg2 sampai x termakan sy agihkan kepd mak mentua..sekali bwk adik ipar ni mmg byk..maklum ler sedara ramai..hehe

Shaiful Zaidi said...

wah. shopping sakan. lama tak terubuk masin Sarawak.

Uncle Lee said...

Hi Ann, wow, you in Kuching....the last time I was there was wayyy back in the 70's, 80s. And yes, tu kueh lapis very famous there. Enjoy the shopping.
Have fun and keep a song in your heart.
Lee.