Saturday, June 29, 2013

Kubur campuran Islam dan kafir

Halal Haram - persoalan yang diambik bulat2 (tidak ada ubah walau sedikit faktanya) dari buku ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA ...soalan ini berada di muka surat 122-123 dengan niat ingin berkongsi ilmu sesama kita.

Soalan

Adakah dibolehkan orang Islam ditanam bersebelahan dengan perkuburan orang bukan Islam? Merujuk perkara yang berlaku di Indonesia, ada jenazah orang Islam ditanam bersebelahan dengan kubur orang bukan Islam. Berlaku percampuran dalam pengurusan jenazah. Mohon ustaz perjelaskannya.

Jawapan

Wajib atas pemerintah atau orang yang berkuasa dalam kalangan umat Islam menyediakan tanah perkuburan yang tidak bercampur dengan orang bukan Islam. Pihak berkuasa berdosa kerana mencampurkan kubur Islam dan bukan Islam.

Sekiranya tidak diberi pilihan, maka rakyat di bawah pemerintahan itu tidak berdosa. Mereka terpaksa menanam jenazah orang Islam di perkuburan yang sama dengan orang bukan Islam kerana terpaksa akur dengan peraturan pemerintah.

Namun, sekiranya ada tanah lain yang boleh ditanam jenazah Islam itu, maka wajib ditanam di tanah perkuburan itu.

No comments: