Thursday, July 25, 2013

5 hari sebelum raya

Hari ni saya dah mula bekerja, takde ambik cuti pun seperti yang di beritahu sebelum ni la. ada tugas yang perlu mengejar dateline yang tinggal 2 minggu ni saja. nak raya pun tak senang kan tapi nak buat macam mana, tak siap kang saya jugak yang susah hati. since my laki pun tak cuti + cuti sekolah lagi, jalan raya pun tak jammed mane pun. perjalanan pergi dan balik keja tadi memang lancar je.

Hari ni jugak saya dah mula berpuasa ganti demi nak mengejar puasa sunat Syawal. tak nak buang masa, nanti kalau leka alamatnya memang terlepas sesaja je. semangat puasa masih ada lagi dalam diri, baik teruskan. 

Menu berbuka tadi pun yang biasa2 je, makan nasi la. tapi gambo dekat bawak ni bukan menu hari ni tapi menu 5 hari sebelum raya tempoh hari. dan ini bukannya menu berbuka tapi sebalik ni menu untuk sahur, sahur kan saya makan nasi jugak.
 
seafood masak halia
 
bahan2 lebih kepada nak meng clear kan ice gobok je, nak cuti raya kan...

6 comments:

ZazaMyMoon said...

seafood masak halia?? 1st time dgr tu..
apa2 pn selamat ganti puasa ye Ann :)

Masya said...

saya confuse baca entry awak beul ke tarikh entry ni??? sebab awak dah cerita pasal mula kerja, pasal puasa .. ganti confuse² jap hihihihihi...

apapuun menu penghabis stok tu mengiurkan.. suka makan lala besar macam tu masak dengan cili padi letak tiram.

Alan said...

x minat makan lala

Tinta Lana said...

Salam.

Ann, lana pun macam masya jugak. Confuse tarikh..hehe


Ann cuba cek setting tarikh.

BUNDA a.k.a KN said...

Salam Lebaran dari Bunda...

whitecappuccino said...

aah..akak pun confuse 25 july dah ganti puasa? bukan ke masa tu memang bulan puasa?