Tuesday, July 23, 2013

6 hari sebelum raya...

Masih berkisah pasal bulan Ramadhan walhal Syawal dah beberapa hari menjelma. biasalah takkan habis kisah on time kan. hari ni hari ke 3 Syawal, lebih bersenang lenang di rumah melayan segala cerita yang ada dekat tv sambil tunggu tetamu datang bertandang. nak bertandang hari raya dah rasa malas pulak, jemu kot asyik makan ketupat rendang sesaja. 

Pagi tadi dah 2 pagi kami sekeluarga sarapan dengan mee segera, terasa betul nikmat tak terkata. lunch tadi masak ikan talapia bakar 2 ekor, talapia steam asam pedas dengan ayam macam asam. semua yang masam2 je tanpa santan. berganda nikmat di situ.

Bawah ni kisah seminggu sebelum menjelang raya, lebih berbuka di rumah mertua. al maklum la raya nanti still balik di rumah ibu bapa saya, seminggu sebelum raya sampai la malam raya kami bersama dengan mertua. bila sampai masa nak balik rumah dah ala2 ke tengah malam, jadi kami pegi makan lagi supaya sahur nanti boleh makan kurma dengan minum minuman panas je tanpa perlu memasak bagai.

Kali ni kami makan di De Warung...
 
3 layer tea
 
 assam laksa, sedap jugak rasanya dengan kuah pekat giloz
 
ada wifi dekat sini tapi biasalah line tak hebat sangat lajunya
 
sup kambing ni memang sedap....pekat ko kuahnya. sesuai kalau nak cecah dengan roti jugak tapi my laki makan dengan nasi putih
 
Rasanya sekali je kot saya datang ke sini. masih ada part yang kurang menyenangkan tapi kalau  terdatang lagi pun takpe jugak kan hiksss.

2 comments: