Monday, July 1, 2013

Bila lelaki merajuk

Memang payah la, kita nak marah kang berdosa pulak. tak di marah, ehhhh dalam hati ni geramnya ya amat. ishhh bawak bersabarlah hati, baru 2 hari berpuasa ni dah nak buat koleksi dosa pulak. nak minum air untuk tenangkan hati tak boleh sebab dah mula puasa, akhirnya saya ambik je air sembahyang...biar sejuk hati yang dah start nak mengelegak.

Sebab merajuk...erm tak payah citer la, biasalah sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pulak suami isteri. kadang2 tu saya pun terlebih mengusik, member pulak tengah mood tak berapa nak baik, alih2 naik radang pulak dia kan...kita ni pulak mudah pulak terasa hati, hahhh kena dah sangat tu buku dengan ruas.

Sudahnya hari ni time berbuka tadi senyap sunyi je. saya nak menegur takut tak dilayan, member pulak buat booo layan ko. oh hai stress pulak saya. malam ni lepas balik tarawih nak mintak maaf la, di akui memang salah saya huhuhuhu.

Petang semalam di hari pertama berpuasa, saya tak dan nak balik awal untuk sediakan juadah berbuka. akhirnya makan berbuka dekat The Loaf bersama my laki, dia pun tak sempat jugak nak balik awal + jammed melampaunya petang semalam. maklumlah orang ramai tengah excited nak balik awal kan, hari pertama berpuasa katakan hiksss.

Hot Caramel Cappuccino RM12

 Tropical Iced Tea RM12

 Lasagna RM10

Scrambled Egg Bacon RM12

tak cukup pulak, tambah lagi bun sedap2 ni :)

2 comments:

adatopik said...

Mengalah demi pahala berlimpah, teramat halus budi pekerti.

Mimy Hamid said...

bestnya berbuka the loaf....kak kitaorang sentap ke tak sentap...buat bodo je baik ngan sendiri hehehe..lumrah