Tuesday, July 2, 2013

Bye2 Kuching

Dah sampai masa untuk pulang. lepas balik dari shopping + jalan2 sekitar bandar Kuching, tambah lagi selepas spa dan berurut...balik bilik. rehat sejam dua sambil2 kemas barang masuk sumbat semua dalam beg. dari beg satu dah beranak jadi 2-3 beg sudah. siap2 mandi sebelum pulang, kata extend bilik sampai petang kan.

6pm we all have to move from hotel room. still awal lagi coz our flight around 11++pm. sebelum ke airport, we decide to take a dinner...semuanya gara2 takut flight delay, biasalah 'tambah murah' katanya. tinggalkan beg di hotel dulu...beg saya laki bini yang hak paling besar tu. saja bawa beg besar untuk mengelakkan beg beranak, dan misi saya adalah berjaya hiksss. dalam beg besar tu kalau bukak, ikan terubuk masin je ada 3 kotak + kek lapis 2 kotak + kain baju lagi. tengok beg orang lain, beranak jadi 2-3 siap ada berjenjeng bagai...ohaiiii.

Lepas tu terus je gerak berduyun2 ke McD, menu ringkas dan cepat. takkan nak pegi menjejak Topspot lagi ye dak. McD 24hrs ni pun dekat je dengan hotel, melintas jalan dah sampai...suka betul saya dengan kedudukan Grand Margarita Hotel ni.
 
Lepas dinner, terus pegi ke airport. settlekan semua luggage. still ada masa lagi sebelum masuk departure area, layan minum kopi pulak.
 

Dekat Starbucks ni je weallsss boleh melepak lagi almost 1 hr. awalnya sampai airport, dalam hati dah berzikir ni...janganlah flight delay lagi.
 
Bila dah masuk, inilah pulak activity nya. sempat lagi tengok bola, alih2 ada tv tayang channel bola kan. pasukan apa yang berlawan waktu tu, sumpah saya tak ingat or tak ambik tahu pun. yang gegirls2 duduk bersembang mak limah sementara menunggu flight sampai.
 
Alhamdulillah flight datang dengan tepatnya dan berangkat dengan on timenya. bye Kuching, tempat mu sungguh menarik untuk dikunjungi lagi. akan sering ke sini jugak since my anak buah belajar di UNIMAS...moleklah kiranya menjenguk dia selalu. Kuching ni pada my sista dah jadi rumah kedua dia, setiap bulan memang datang Kuching. kalau takat terubuk masin dengan kek lapis, kuih cincing tu, confirm tak putus bekalan hiksss. will come again, very soon :)

Dengan ini diumumkan, entry Kuching tamat di sini.

1 comment:

Aine Ainun said...

balik dah...bestnya.=)