Tuesday, July 16, 2013

Hari ni tinggal sejarah...

Hari ni langit masih tak berapa nak clear, jerebu masih ada walaupun hujan buatan dan hujan semula jadi dah turun mencurah bumi. hope menjelang hari raya nanti takde la lagi jerebu2 ni...hari raya kita kunjung mengunjung rumah saudara mara jiran tetangga. takkan nak berkurung dalam rumah gara2 jerebu ni.

Matahari pun segan2 silu je nak memancarkan cahaya, tengah hari tadi dengar la guruh berdentum tapi tak tau hujan turun ke tidaknya. yang pasti bila keluar dari office hari ni, jalan dekat area Jalan TAR dah mengila jammed gara2 Dataran Merdeka tutup jalan.

Selepas balik dari office tadi, terus hantar my camar putih (kereta) masuk klinik kesihatan. macam biasa monthly routine, dah sampai masa kena makan supplement agar kekal sihat dan tak demam2 hiksss. kali ni buat engine cleaner dan tukar tayar yang dah bocor dek bedebah punya paku. panjang kemain lagi paku tu, dah hantar workshop kelmarin tapi tak dan masa nak tukar...mekanik cuma letak 'cacing' saja dalam tayar supaya angin tak keluar dari bekas tusukan paku tu. hari ni bila check balik, tusukan tu makin melebar...makanya tukar terus la, serabut je nak biarkan lelama. akhirnya my camar putih sudah bersedia untuk beraksi menyambut hari raya di jalanraya nanti.

Dekat2 waktu berbuka tadi, dapat berita seorang kawan telah kembali ke rahmatullah. sebab kematian tidak ke kenal pasti tapi dua minggu lepas arwah dengan suami mengalami kemalangan jalan raya dah mengakibatkan kakinya patah. hari ini sepatutnya arwah menjalani pembedahan tulang belakang yang retak akibat kemalangan tu jugak tapi tiba2 jantung arwah berhenti berdenyut ketika masuk OT room. dariNYA kita datang dan kepadaNYA kita kembali. tika ajal datang menjemput, takkan lengah walaupun sesaat. semoga roh arwah kak Nurul ditempatkan di kalangan orang2 beriman. kesian anak2 arwah, mereka masih kecik2 lagi. tak dapat nak bayangkan macam manalah sambutan hari raya mereka nanti bila kehilangan ibu dengan sekelip mata je. arwah memang memang baik, soft spoken...susah nak tengok dia marah2 pun. Allah lebih sayangkan dia. inshaAllah, kalau berkesempatan, besok nak pegi melawat jenazah sebelum di bawa pulang ke Sungkai untuk dikebumikan di sana.

Mendengar juga berita nenek seorang kawan lagi yang meninggal dunia hari ni. salam takziah jugak kepada keluarga Syafiq, semoga rohnya di tempatkan dengan orang2 yang beriman.
    
Melalui hari ini dengan pelbagai kisah dan cerita. besok kita tak tau lagi apa pula yang akan terjadi. mungkin hari ni kita bergelak gembira bersama2 orang yang kita sayang, sejam dua lepas tu kita tak pasti lagi adakah kita masih bergelak gembira lagi atau pun dah bertukar menjadi muram durja. hargailah orang2 di sekeliling kita, gembirakan hati mereka agar kita tak rasa ralat sekiranya kita kehilangannya kelak.

Gara2 my camar putih agak lambat siapnya tadi, terpaksalah kami berbuka puasa di kedai makan je...sedap pulak ABC tu ko, lama dah tak merasa. mujur workshop dekat dengan rumah, sempat lagi balik rumah dan siap2 untuk ke masjid untuk terawih...kita dah berada di zon 10 hari terakhir Ramadhan. makin menghampiri Syawal, semakin hati ni terasa sayang sangat dengan Ramadhan yang bakal berakhir ni. semoga saya dan suami bertemu lagi Ramadhan yang akan datang, amin.

6 comments:

anis abdullah said...

Al-fatihah untuk arwah berdua.

BUNDA a.k.a KN said...

Al Fatihah...

Zul Fattah said...

alfatihah.. smoga roh d tmpatkn d tmpat org2 soleh..

kat kg sy.. utk bulan ni je dah 3 org mati.. setiap kali jumaat..

Dee said...

Al-fatihah. .sedih pulak rasanya..

Mimy Hamid said...

Allahuakbar AL Fatihah...betul tu ajak tak mengira masa sekarang ...pilu pulak mendengarnya

Sya Mimie said...

salam takziah...sian anak2nya ye..moga tabah.